Kerajaan Komited Bantu Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2015 1:35 PM

Najib Tun Razak (dua, kanan) sambil disaksikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kiri) menyentuh bola sebagai simbolik perasmian Liga Bola Sepak Rakyat pada Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Kerajaan komited untuk membantu memperkasakan sukan bola sepak di negara ini dengan menyokong program pembangunan sukan itu di peringkat akar umbi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, program seperti Liga Bola Sepak Rakyat (LBR), yang diilhamkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, adalah antara antara platfom terbaik program pembangunan yang perlu diketengahkan untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu yang berkualiti.

"Bola sepak bukan sahaja permainan yang perlu diperkembangkan di peringkat akar umbi tetapi pelan pembangunan untuk ketengahkan bakat baharu yang berpotensi juga perlu dilakukan.

"Program ini tidak boleh dibiarkan dengan sendirinya tetapi perlu dilaksana dengan kaedah saintifik dan profesional, barulah dapat melahirkan lebih ramai bakat baharu yang berkualiti," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan LBR di Dataran Pekan di sini pada Ahad.

Turut berangkat ke majlis itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin, Pengerusi Bank Rakyat Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Johari Hussain. 

Bagi menterjemahkan sokongan itu, Najib berkata, kerajaan pusat dengan Bank Rakyat bersedia menyalurkan peruntukan RM10 juta dalam tempoh tiga tahun kepada liga berkenaan.

Menurutnya, negara sehingga kini masih kekurangan platfom untuk mencungkil pemain baru di peringkat akar umbi.

"Walaupun kita pernah jadi juara AFF Suzuki beberapa tahun lepas, tetapi kita lihat 70 peratus daripada pemainnya datang dari Sekolah Sukan Bukit Jalil.

"Dalam erti kata lain saluran melahirkan bakat-bakat baharu terlalu sempitdan terhad serta tidak ada sumber menyeluruh.

"Sebab itu, apabila Tengku Abdullah mengemukakan cadangan bahawa LBR adalah untuk memperkasakan bakat baharu, secara spontan saya nyatakan persetujuan kerana ia baik untuk pembangunan sukan bola sepak negara ini," kata Najib.

Katanya untuk melonjakkan kembali sukan bola sepak di negara ini, sepatutnya lebih banyak pihak tampil membantu program pembangunan sukan itu dan bukan hanya tahu mengkritik.

Dalam masa yang sama, Najib berharap pemain-pemain muda yang menyertai LBR supaya tidak hanya memfokuskan misi untuk mendapatkan piala liga ini namun harus menjadikannya sebagai medium terbaik untuk mengembangkan bakat mereka.

Najib berkata, beliau sendiri akan memantau perkembangan liga tersebut dengan mendapatkan laporannya dari semasa ke semasa.

LBR diilhamkan Tengku Abdullah dengan objektif untuk mengembangkan permainan bola sepak secara bersistematik selain menjadi insitusi yang mampu melahirkan pemain berpotensi untuk beraksi dalam skuad negara.

Sebanyak 111 pasukan dari seluruh negara menyertai kejohanan bertaraf amatur ini dan pembahagian pasukan akan dilakukan mengikut zon dengan melibatkan 520 perlawanan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan