Mourinho Enggan Terima Hakikat Aksi Hambar The Blues

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2015 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho enggan bertanggungjawab di atas kekalahan Chelsea 3-1 kepada Everton di Goodison Park pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu malam.

Bagaimanapun Mourinho mengakui ia satu keputusan teruk sepanjang kariernya.

The Blues  tampil  aksi hambar sejak pembukaan musim ini apabila hanya mengutip empat mata daripada lima perlawanan dengan mencatat satu kemenangan, satu seri, manakala selebihnya tewas.

"Keputusan tidak setaraf dengan kualiti dan status kami malah skuad lebih layak daripada ini.

"Semua orang mengkritik bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan saya dan pemain, namun saya tidak bersetuju. 

"Saya adalah juara, pemain-pemain adalah juara. Cara kami bermain tidaklah seteruk berbanding dengan keputusan kerana semuanya dilihat menentang kami.

"Tetapi saya tidak menyalahkan diri sendiri dan juga pemain walaupun keputusan yang dicatat adalah paling teruk sepanjang karier. Pun begitu saya masih selesa dengan situasi ini," ujar Mourinho kepada BT Sport.

Malah Mourinho juga masih yakin kariernya di Stamford Bridge masih selamat walaupun ketinggalan jauh daripada pendahulu liga, Manchester City.

"Saya tidak fikir ada pengurus lain yang layak selain daripada saya untuk berada di sini. Sayalah yang paling sesuai di Chelsea. 

"Saya telah banyak melakukan perkara yang luar biasa dengan pasukan ini, tetapi kini saya menghadapi keputusan teruk sekaligus saya perlu mencari punca kepada masalah itu," jelas Mourinho.

Keputusan Chelsea sepanjang musim ini

Arsenal 1-0 Chelsea (Community Shield) - kalah

Chelsea 2-2 Swansea (Liga Perdana) - seri 

Manchester City 3-0 Chelsea (Liga Perdana) -kalah 

West Brom 2-3 Chelsea (Liga Perdana) - menang

Chelsea 1-2 Crystal Palace (Liga Perdana) - kalah  

Everton 3-1 Chelsea (Liga Perdana) - kalah

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Chelsea

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan