FAM Mahu Jumpa 'Bapa' Khairy

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 3:09 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang dianggap sebagai 'bapa' berhubung kemelut dalam FAM dan pasukan bola sepak kebangsaan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, sekretariat akan menghantar surat kepada Kementerian Belia dan Sukan memohon pertemuan dengan Khairy mengikut kelapangan beliau.

"Adalah lebih sesuai untuk kita hadir berjumpa sendiri dan mendapatkan penjelasan beliau secara terus serta menerangkan bagi pihak kita.

"Pertemuan itu nanti akan membuahkan kepada apakah sebenarnya yang diperlukan, sebab kita tahu menteri adalah 'bapa' kepada persatuan sukan dan kita boleh dapatkan nasihat dan penjelasan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM di sini, Jumaat.

Menurut Afandi, pada masa ini FAM tidak akan membuat sebarang kenyataan balas terhadap kritikan yang dilemparkan kepada FAM.

Ini termasuklah kenyataan yang dibuat Khairy bahawa keadaan semakin kritikal selepas prestasi buruk pasukan Harimau Malaya yang diaibkan 10-0 ketika menentang Emiriyah Arab Bersatu dalam perlawanan pada 5 September lepas.

"Buat masa sekarang kita fikir tak perlulah bagi komen balas terhadap kritikan dan kenyataan.

"Forum dan perjumpaan dengan beliau lebih dapat membincangkan banyak perkara tentang semua hal daripada menjawab di media yang akhirnya tak sampai ke mana pun," katanya.

Afandi berkata, walaupun memohon untuk bertemu Khairy, FAM pada masa sama tetap akan menjawab surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman.

Surat bertarikh 9 September itu dihantar untuk FAM menjelaskan apa yang berlaku ketika aksi Malaysia menentang Arab Saudi bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

Tambahnya, FAM turut menerima surat daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) meminta penjelasan sama berhubung insiden yang berlaku.

"Kita sedang sediakan jawapan dan untuk kedua-dua surat bertarikh 9 September itu kita mesti menjawab dalam tempoh 14 hari.

"Mengenai temu janji dengan menteri, sama ada beliau mahu jumpa kita pada masa surat itu dihantar atau tarikh lain, kita tak ada masalah," katanya. 

Pada Khamis, Khairy berkata, FAM berdepan penggantungan pendaftaran sekiranya badan induk itu gagal menjawab notis tunjuk sebab yang dihantar Pesuruhjaya Sukan berhubung kekecohan yang berlaku di Stadium Shah Alam Selasa lalu.

Jelas Khairy, selepas menerima maklum balas penjelasan, barulah pesuruhjaya sukan mengambil apa sahaja tindakan yang difikirkan sesuai terhadap FAM.

Tags / Kata Kunci: FAM , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan