David De Gea Perbaharui Kontrak Empat Tahun Bersama Manchester United

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 10:48 PM

David De Gea. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

DAVID De Gea telah menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Manchester United yang membuatkan beliau akan terus berada di Old Trafford sehingga sekurang-kurangnya pada 2019.

"Saya gembira untuk memulakan fasa baharu dalam kerjaya saya bersama Manchster United," kata De Gea.

"Saya sentiasa suka bermain dengan pemain terbaik di hadapan para penyokong yang hebat. Manchester United merupakan kelab yang istimewa dan Old Trafford merupakan tempat yang sesuai untuk saya terus mengembangkan kerjaya saya.

"Saya tidak sabar memberi tumpuan kepada kerja keras bagi memperbaiki dan membantu rakan pasukan saya untuk berjaya," kata bintang Sepanyol itu.

Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Manchester United dari Atletico Madrid pada 2011.

De Gea sebelum ini dilaporkan mahu menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United selepas perpindahannya ke Real Madrid tidak menjadi kenyataan.

Sementara itu, Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal dalam satu kenyataan berkata, beliau gembira mengenai kontrak baharu yang ditandatangani De Gea.

"Saya benar-benar gembira David (De Gea) telah menandatangani kontrak baharu.

"Dia merupakan salah seorang daripada penjaga gol terbaik dalam dunia bola sepak. Saya amat gembira dia akan menjadi sebahagian daripada pasukan ini dalam beberapa tahun akan datang.

"David telah membuatkan sumbangan yang amat penting kepada prestasi kami pada musim yang lepas dan dia telah menjadi pemain kelab terbaik selama dua musim," ujar Van Gaal.

Tags / Kata Kunci: David De Gea , Manchester United

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan