Velappan Sedia Hulur Kepakaran Kembalikan Prestasi Bola Sepak Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 10:12 PM

Datuk Peter Velappan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Saya sedia tawarkan diri bantu FAM kembalikan kegemilangan era 60an dan 70an," kata bekas orang kuat bola sepak Asia, Datuk Peter Velappan.

Velappan, bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), berkata beliau sanggup menghulurkan kepakarannya kerana terlalu sedih dengan perkembangan sukan itu di negara ini yang seakan 'mati' berikutan rentetan keputusan buruk yang dicatat skuad negara.

Tokoh bola sepak Asia itu yang akan genap berusia 80 tahun pada 1 Oktober ini, mencadangkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mewujudkan jawatankuasa khas untuk mengkaji langkah terbaik mengembalikan kegemilangan skuad negara yang pernah dikecapi pada era 60an dan 70an.


Menurutnya jawatankuasa itu perlu dianggotai wakil FAM, pakar dari Jerman dan Jepun, selain semua pemegang taruh termasuk Kementerian Pendidikan, persatuan negeri, kelab, Majlis Sukan Negara dan penaja program pembangunan bola sepak di negara ini.

"Pengarah Teknikal AFC, Andy Roxburgh juga perlu dimasukkan ke dalam jawatankuasa itu kerana beliau mempunyai pengalaman hampir 30 tahun khususnya dalam program pembangunan belia di negaranya, Scotland," katanya dalam sidang media, di sini, Rabu.

Velappan, penolong setiausaha agung FAM dari 1963-1980, berkata pakar Jerman dipilih kerana negara itu memiliki program pembangunan belia terbaik di dunia manakala Jepun diketahui mempunyai kemampuan melahirkan ramai pemain berbakat di rantau Asia.

"Jawatankuasa ini harus membuat kajian mendalam terhadap kelemahan bola sepak Malaysia ketika ini, sebelum mengemukakan resolusi kepada FAM," katanya.

Sementara itu, Velappan meminta semua anggota gabungan AFC untuk bersatu menyokong Presiden Persatuan Bola Sepak Jordan, Putera Ali bin Hussein atau bekas Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Korea Selatan, Dr Chung Mong-Joon untuk jawatan Presiden FIFA yang dijangka dipertandingkan pada Februari 2016.


Velappan yang memegang pelbagai jawatan dalam jawatankuasa kecil FIFA, mendakwa kedua-dua calon yang kini memegang tugas sebagai naib presiden badan induk itu, memenuhi kriteria yang diperlukan untuk kerusi utama berkenaan.


"Saya juga meminta anggota gabungan FIFA yang terbabit dengan jawatankuasa bidaan Piala Dunia 2018 (Rusia) dan 2022 (Qatar) untuk tidak terlibat dengan proses pemilihan itu kerana mereka boleh mempengaruhi undian di kalangan delegasi," katanya.


Pada 2 Jun lepas, Presiden FIFA, Sepp Blatter mengumumkan peletakan jawatannya ketika badan induk itu diselubungi skandal rasuah.

Tags / Kata Kunci: Datuk Peter Velappan , FAM , tokoh bola sepak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan