Rooney Pecah Rekod Penjaring Terbanyak, England Tewaskan Switzerland 2-0

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 7:27 AM

Aksi Wayne Rooney selepas mencatatkan jaringan kedua buat Engaland ketika menentang Switzerland dalam perlawanan Kelayakan Euro 2016 bagi Kumpulan E, awal pagi Rabu. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

WAYNE Rooney memecah rekod sebagai penjaring terbanyak England ketika bertemu Switzerland di Stadium Wembley pada perlawanan kelayakan Euro 2016 bagi Kumpulan E, awal pagi Rabu.

Pemain berusia 29 tahun itu mengatasi rekod Bobby Charlton dengan 49 jaringan yang bertahan sejak 1970.

Dengan jaringan ke-50, Rooney menerusi tendangan penalti pada minit ke-84 membantu England menewaskan Switzerland dengan 2-0.

Terdahulu, Rooney menyamai rekod Charlton selaku penjaring terbanyak England ketika menentang San Marino.

"Saya agak beremosi di luar sana, ia merupakan satu penghormatan yang besar. Saya amat berbangga," kata Rooney.

"Saya gembira ia telah berlaku dengan baik dan mahu meneruskannya dari sini. Saya mahu fokus kepada pasukan dan amat berharap kejayaan kami pada masa depan.

"Sudah tentu saya lebih gementar daripada kebiasaannya, saya tahu ia merupakan saat yang penting. Saya mengambil sudut saya dan membuat tendangan sekuat yang boleh bagi membuatkannya sukar untuk penjaga gol.

"Tidak pernah saya bayangkan menjadi penjaring terbanyak England pada usia di bawah 30 tahun," ujar Rooney.

Gol kedua England dihasilkan oleh pemain gantian, Harry Kane yang memasuki padang pada minit ke-57 bagi menggantikan Jonjo Shelvey menerusi aksinya membolosi gawang lawan 10 minit kemudian.

Kemenangan 2-0 England bertahan sehingga ke akhir permainan membuatkan pasukan itu terus memastikan berada teratas dalam Kumpulan E dengan 24 mata daripada lapan perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan