Situasi Bola Sepak Negara Makin Parah, FAM Digesa Adakan EGM

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 3:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan situasi bola sepak negara yang semakin parah dengan kejadian insiden baling suar ketika aksi Harimau Malaya bertemu Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada Selasa malam.

Insiden memalukan itu berlaku selepas skuad kebangsaan dimalukan dengan kekalahan 10-0 ketika bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu.

Gesaan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang turut kecewa dengan kejadian membaling suar  lebih-lebih ianya melibatkan perlawanan antarabangsa.

"Kalau bincang dengan media, surat khabar, ia tidak mengubah apa-apa dan kembali seperti sedia kala.

"Kalau betul, terima hakikat ini secara serius dengan FAM memangil EGM yang menjadi peraturan dalam statut sekarang di mana ia boleh dipanggil oleh presiden, boleh dipanggil kehendak exco dan juga dipanggil dengan lima ahli gabungan yang meminta EGM diadakan.

"Lebih manis dalam keadaan sekaran jika presiden FAM menjemput semua negeri menghantar wakil dan berbincang dan buat ketetapan berhubung perkara-perkara tertentu," jelas Annuar kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke Yayasan Pelajaran Mara (YPM) pada Rabu.

Annuar mendedahkan, beliau telah meminta Setiausaha Agung KAFA menghantar surat kepada FAM bagi memberitahu cadangan EGM ini.

"Jika mereka tak terima tak mengapa. Saya hanya memberi cadangan," jelas beliau.

Tambah Annuar lagi, jika jalan penyelesain terbaik ialah mewujudkan pengurusan baharu dalam FAM, ia patut dilakukan.

"Soal rombakan terpulang kepada majlis FAM itu sendiri. Kalau nak masih kekal di situ kenalah ubah cara bekerja.

"Dari dulu lagi saya bercakap sampailah sekarang sehingga saya dipecat, Jawatankuasa FAM tak ada 'blue print', buat kerja secara ad-hoc. 

"Bagi saya kalau presiden sahaja yang letak jawatan, tak selesai masalah," tegasnya individu.

Annuar menjelaskan, penyokong-penyokonng tidak sepatutnya bertindak demikian kerana perlawanan itu disaksikan oleh peminat bola sepak seluruh dunia.

"Mungkin mereka cuba melepaskan perasaan tak puas hati kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sudah lama terpendam.

"Atau mungkin mereka sengaja nak FAM didenda, kita tak tahulah. Bila berlaku situasi begiru, tuan rumah akan didenda. Saya fikir kita perlu kena cari jalan supaya semua pihak badan gabungan dengan FAM, dengan penyokong akan lebih baik.

"Ia dianggap 'wake up call' walaupun sudah berkali-kali berlaku," ujarnya.


Tags / Kata Kunci: Tan Sri Annuar Musa , FAM , EGM

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan