Baling Suar: AFC Sedia Kerjasama Dengan FIFA

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 10:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi jaminan akan menawarkan segala bantuan serta sokongan diperlukan dalam siasatan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi yang ditangguhkan berikutan tindakan liar penonton.

Presidennya Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa berkata badan induk bola sepak Asia itu sangat kecewa dengan insiden yang berlaku di Stadium Shah Alam, malam tadi, dan mahu agar perkara tersebut diberi perhatian yang sangat serius.

"Bola sepak di Asia melambangkan kesaksamaan serta integriti, dan insiden di Shah Alam, tiada apa-apa bagi meningkatkan imej sukan itu bukan sahaja di benua ini tetapi juga di seluruh dunia," katanya seperti dipetik dalam laman sesawang AFC; www.the-afc.com Rabu.

"Tingkah laku seumpama ini sesuatu dikesalkan oleh mereka yang berusaha meningkatkan bola sepak di Asia, dan membantu kita mencapai matlamat menjadi konfederasi yang terkemuka dalam sukan ini," kata Shaikh Salman.

Perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi dihentikan oleh pengadil, Liu Kwok Man dari Hong Kong berikutan tindakan liar sekumpulan penonton tempatan.

Liu terpaksa menghentikan perlawanan pada minit ke-88 selepas segelintir penyokong dipercayai 'Ultras Malaya' membaling suar dan mercun roket ke padang, memaksa pemain dan pegawai kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan.

Sebelum perlawanan dihentikan, Arab Saudi sedang mendahului Malaysia 2-1.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan