Malaysia lwn Arab: Stadium Shah Alam Lengang - Bola Sepak | mStar

Malaysia lwn Arab: Stadium Shah Alam Lengang

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 7:30 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Stadium Shah Alam yang menjadi tuan rumah perlawanan Malaysia dan Arab Saudi bagi aksi Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 kelihatan sunyi dengan penyokong-penyokong tempatan berbanding perlawanan sebelum ini.

Kelihatan penyokong Arab Saudi lebih ramai berbanding penyokong tempatan. Situasi ini berlaku disebabkan perasaan marah dan geram gara-gara kekalahan besar 10-0 skuad Harimau Malaya kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) Khamis lalu.

Pun begitu, bagi dua orang peminat Harimau Malaya yang mahu dikenali sebagai Syah Fikri dan Helmi tetap setia turun ke stadium bagi memberi sokongan kepada skuad negara.

Keadaan di dalam stadium sekitar pukul 8.30 malam Selasa.

“Kalau nak ikutkan hati, memang marah dan kecewa dengan kekalahan besar baru-baru ini. Kalah menang adalah adat perlawanan.

“Saya harap mereka dapat mempamerkan aksi yang lebih bersemangat malam ini. Saya tidak mengharapkan kemenangan tetapi, biarlah kalah tidak terlalu banyak,” jelas Helmi dari Sepang.

Sementara itu, Syah Fikri berkata, faktor tiket yang mahal juga menjadi faktor kekurangan penonton pada aksi malam ini.

“Ingatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turunkan harga tiket (RM30). Sekurang-kurangnya boleh menarik lebih ramai penyokong datang ke stadium. Separuh harga pun sudah berbaloi (RM15),” jelas Syah.

Jika sebelum ini di perkarangan stadium dipenuhi dengan gerai-gerai makanan atau minuman, serta gerai menjual jersi, namun sebaliknya berlaku hari ini.

Malah di ruangan penonton juga masih kelihatan kosong pada pukul 8 malam. Penonton Arab Saudi kelihatan gembira menyanyi dan bertepuk tangan apabila melihat pasukan mereka turun masuk ke padang memanaskan badan.

Tags / Kata Kunci: Kelayakan Piala Dunia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan