Ong Kim Swee Mahu Pemain Lupakan Mimpi Ngeri 10-0

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 1:11 PM

Kim Swee (kanan) berjabat tangan dengan Van Marvijk selepas sidang media di Wisma FAM pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jurulatih sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengharapkan pemain-pemainnya melupakan mimpi ngeri di Abu Dhabi dan perlu pandang ke depan menjelang perlawanan keempat Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2018 di Stadium Shah Alam pada Selasa.

Kim Swee yang dilantik menggantikan Dollah Salleh mengakui bukan tugas mudah untuk melakukan perubahan dalam tempoh singkat, tetapi empat hari bersama Harimau Malaya membuatkan beliau dapat memberi apa yang perlu dilakukan.

"Saya percaya pemain-pemain ada 'improvement' sejak kembali dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), malah lebih 'sharp'. Saya sedar semua peminat-peminat bola sepak tanah air kecewa dengan situasi yang berlaku, dan kami di barisan kejurulatihan juga turut merasai perasaan sama.

"Namun kita perlu melupakan mimpi ngeri itu dan tidak boleh pandang ke belakang.

"Kita perlu berfikiran positif dan mana tahu kita mungkin boleh mencipta sejarah baharu. Bagi pada saya, kami wajar diberi peluang kedua," jelasnya pada sidang media pengurus-pengurus pasukan di Wisma FAM, pada Isnin.

Dalam pada itu, Kim Swee, 45 tidak menafikan kelebihan Arab Saudi yang dibimbing bekas jurulatih Belanda, Bert van Marwijk.

"Sudah tentu Van Marvick yang membawa Holland ke final Piala Dunia 2010 mempunyai taktikal yang menakjubkan. 

"Tetapi itu bukan bermakna kami tidak boleh beraksi dengan baik melawan mereka," jelasnya yang pernah menguruskan skuad kebangsaan sementara tahun lalu selepas kontrak Datuk K.Rajagobal tamat pada penghujung 2013.

Sementara itu, Van Marvick,63, yang dilantik membing skuad Arab Saudi pada Ogos lalu tidak memandang rendah terhadap skuad negara.

"Semua orang menganggap bertemu Malaysia adalah tugas mudah. Tetapi bagi saya ia sebaliknya.

"Kami akan cuba memastikan untuk menang di sini, manakala saya belum pasti nama-nama pemain yang akan disenaraikan esok (Selasa).

"Oleh itu, pemain-pemain saya perlu lebih berusaha menunjukkan prestasi terbaik jika ingin berada dalam barisan utama," jelasnya yang mengakui keadaan cuaca yang tidak menentu di sini adalah cabaran utamanya.


Tags / Kata Kunci: Harimau Malaya , UAE

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan