Perletakan Jawatan Tengku Abdullah: FAM Akan Lebih Parah

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 9:56 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Keputusan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dilihat akan meletakkan badan induk sukan bola sepak negara itu semakin 'lemah dan parah'.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata FAM seharusnya mengambil sikap lebih terbuka untuk memperbaiki kelemahan yang ada, dan peminat tidak seharusnya terus menghukum FAM.

"Difahamkan Tengku Mahkota Pahang (Tengku Abdullah) akan meletak jawatan sebagai Presiden FAM, satu tindakan yang cukup 'gentleman'. Namun tidak seharusnya Tengku Mahkota Pahang dipersalahkan (kerana) FAM itu 'collective' (secara kolektif).

"Perletakan jawatan Presiden akan meletakkan FAM lebih parah dan lebih lemah. Yang penting ialah tindakan untuk memperbaiki," katanya dalam laman Facebook peribadi miliknya di sini, Isnin.

Annuar berkata Tengku Abdullah telah banyak berjasa kepada sukan bola sepak Malaysia serta antarabangsa, dan beliau berharap agar baginda dapat memikirkan perkara berkenaan sedalam-dalamnya.

Tengku Abdullah pada Isnin menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden FAM kepada individu lain yang lebih layak, dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

Baginda berkata keputusan itu diambil berikutan kekalahan memalukan skuad negara 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, Khamis lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tengku Abdullah , FAM , Annuar Musa

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan