Tiada Bukti Rasuah, Hentikan Dakwaan Palsu Hak Qatar Anjurkan Piala Dunia

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 3:27 PM

Essa Mohamed Al-Manai

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Qatar berharap agar dakwaan palsu bahawa negara itu memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Fifa 2022 melalui dakwaan sogokan dan rasuah, akan dihentikan memandangkan tiada bukti konkrit selepas empat tahun siasatan, kata Essa Mohamed Al-Mannai.

Duta Qatar ke Malaysia itu berkata walaupun dituduh dan disiasat selama empat tahun, tiada sebarang bukti menyatakan bahawa Qatar melakukan kesalahan.

"Kami menyampaikan fail bidaan yang terbaik, dan ia telah diterima. Adalah penting untuk mengakui fakta walaupun banyak spekulasi, kami tidak membeli Piala Dunia dan kami tidak terlibat dalam dakwaan pakatan sulit," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini.

Tuduhan rasuah melibatkan pegawai kanan FIFA dan Qatar telah dibangkitkan beberapa kali selepas negara itu menerima hak penganjuran pada 2 Disember 2010. Pihak berkuasa tertinggi di Qatar menafikan dakwaan tersebut.

Duta itu mengulangi bahawa Qatar mengikut peraturan proses pembidaan bagi kejohanan itu dan sangat telus. Negara itu juga mematuhi setiap permintaan bagi membantu siasatan sehingga kini, katanya.

Beliau berkata, sebagai sebuah anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab, Qatar mengalu-alukan sokongan kukuh daripada dua badan ini dalam menghadapi dakwaan tersebut.

Katanya Qatar kini perlu bekerja dan fokus terhadap persiapan Piala Dunia itu.

Al-Mannai berkata lebih daripada 100 acara sukan diadakan setiap tahun di Qatar dan ini menunjukkan keupayaan negara berkenaan dalam menganjurkan acara sukan yang besar.

Beliau berkata menjadi tuan rumah Piala Dunia merupakan peluang membina jambatan antara budaya berbeza dan menghapuskan tanggapan stereotaip mengenai timur tengah.

Beliau menambah Qatar tidak sabar mahu menunjukkan kepada dunia hospitaliti mereka yang terkenal pada Piala Dunia Fifa 2022, satu daripada acara paling popular di dunia, yang secara tidak langsung mengembangkan industri pelancongan negara tersebut.

Peminat sukan yang akan melakukan perjalanan ke Qatar untuk sukan itu, akan turut meneroka warisan dan tarikan pelancongan di negara itu.

Mengenai persiapan Piala Dunia, Al-Mannai berkata lima stadium sedang dalam pembinaan, dengan sekurang-kurangnya tiga lagi akan dibina dan 'segalanya berada dalam landasan yang betul'.

Qatar juga akan terus membangunkan teknologi penyejukan seperti yang dijanjikan, yang bertujuan membolehkan para pemain bermain dalam persekitaran yang selamat dan selesa, walaupun selepas Fifa memutuskan untuk menukar kejohanan yang biasanya diadakan pada bulan Jun-Julai kepada November-Disember semasa musim sejuk, bagi menunjukkan bagaimana inovatifnya idea itu boleh dilakukan.

Qatar akan menjadi negara Arab pertama menjadi tuan rumah Piala Dunia dan juga pertama kali kejohanan itu diadakan di timur tengah.-- Bernama



iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan