Messi Cemerlang 20 Minit Terakhir

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 11:40 AM

Messi berjaya melepasi penjaga gol Bolivia, Daniel Vaca untuk menjaringkan gol pada separuh masa kedua yang berkesudahan Argentina mencatat kemenangan 7-0.

(Ubah saiz teks)

TEXAS: Aksinya 20 minit sebelum perlawanan berakhir cukup untuk mencatat kemenangan 7-0 ketika Argentina menentang Bolivia pada perlawanan persahabatan di Amerika Syarikat.

Lionel Messi yang kapten pasukan kebangsaannya menjaringkan dua gol pada perlawanan itu, begitu juga Sergio Aguero yang bertindak cemerlang.

Kejayaan itu membolehkan Argentina mengumpul 12 jaringan keseluruhan dalam dua perlawanan persahabatan menentang Bolivia tahun ini.

Ezequiel Lavezzi turut menjaringkan dua gol manakala Angel Correa meledak gol ketujuh Argentina dalam penampilan sulungnya berdepan Bolivia yang dibimbing jurulatih baru, Julio Cesar Baldivieso.

“Perlawanan berkenaan berguna biarpun lawan menghadapi masalah membentuk pasukan tetapi sekurang-kurangnya kami dapat melaksanakan apa yang dirancang,” kata jurulatih Argentina, Gerardo Martino.

Argentina yang sedang membuat persiapan untuk kelayakan Piala Dunia 2018, akan kembali beraksi di Dallas Rabu ini, menentang Mexico yang terikat 3-3 dengan Trinidad & Tobago in Salt Lake City.




Tags / Kata Kunci: Messi , Argentina , Bolivia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan