Khairy Gesa Presiden FAM Bertindak Terhadap Prestasi Memalukan

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 2:19 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa Presiden FAM melakukan sesuatu terhadap prestasi memalukan pasukan kebangsaan dan mengambil tindakan terhadap orang 'sekeliling' dalam persatuan.

Khairy berkata, beliau telah hampir kepada kesimpulan bahawa mereka di FAM tidak layak bersama persatuan.

"Mereka patut mula bertanya diri mereka adakah mereka patut terus berada di sana dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku, walaupun selepas insiden memalukan seperti itu," katanya ketika ditanya sama ada mereka di FAM perlu meletak jawatan.

Khairy berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program FitMalaysia peringkat negeri Terengganu pada Sabtu.


Malaysia telah dibelasah teruk 10-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kekalahan itu adalah yang paling teruk dalam sejarah bola sepak di negara ini selepas 50 tahun.

Oleh itu, jurulatih kebangsaan Dollah Salleh meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan itu.

Khairy berkata apa yang Dollah lakukan adalah perkara yang betul kerana beliau tidak mempunyai pilihan lain selepas prestasi yang memalukan tetapi menambah masalah yang dihadapi oleh FAM tidak berakhir dengan perletakan jawatan Dollah.

Tambahnya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan FAM dan mereka perlu menyampaikan laporan terperinci mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

"Tetapi jika FAM masih berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku dan datang dengan alasan kitar semula mereka maka saya tidak mempunyai pilihan melainkan melaksanakan pilihan terakhir, iaitu untuk menggantung FAM.

"Sehingga hari ini bola sepak Malaysia telah jatuh ke tahap tercorot," katanya.

Khairy berkata, sebagai seorang menteri, beliau mempunyai bidang kuasa untuk menggantung FAM, tetapi keputusan itu akan membawa kepada penggantungan FAM di peringkat antarabangsa.

"Kita boleh mengikut jejak langkah Indonesia yang melakukan perkara yang sama. Tetapi jika itu terpaksa dilakukan, pasukan bola sepak Malaysia tidak boleh mengambil bahagian dalam Sukan Sea 2017  di mana Malaysia adalah tuan rumah," katanya.

Beliau juga menggesa persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab menumpukan perhatian kepada program pembangunan dan bukannya menghabiskan banyak wang untuk liga dan membayar gaji mahal kepada pemain.

"Pemain-pemain yang sama ini, apabila mereka beraksi di peringkat antarabangsa, hasilnya adalah sifar," katanya.
Tags / Kata Kunci: Dollah Salleh , Khairy Jamaluddin , FAM

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan