Dibelasah 10-0: "Kalau Kepala Tak Betul, Ekor Pun Tak Betul!" - TMJ

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 11:58 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kekalahan memalukan 10-0 pasukan Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) berpunca daripada 'kepala' yang mentadbir bola sepak negara.

Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor itu bertitah demikian menerusi laman sosial Facebook, Johor Southern Tigers pada awal pagi Jumaat.

Dalam komen ringkas itu, Baginda bertitah, "7-0 untuk separuh masa pertama. Ianya merupakan satu peluang pemilihan untuk mengubah kedudukan bola sepak Malaysia, tetapi ianya sudah terlambat.

"Kalau kepala tak betul, ekor pun tak betul!."

Status laman sosial bagi penyokong pasukan bola sepak Johor itu kemudian dikongsi oleh seramai 1,116 pengikutnya sehingga pukul 11.30 pagi Jumaat.

Selain itu, terdapat komen sinis daripada penyokong bola sepak tempatan terhadap keputusan mengejutkan itu.

Maksim Kuben Ivanov memberi komen," Ampun tuanku. Dah 10 - 0.. Nampaknye FAM nak memperkenalkan kiraan Mata 21 utk liga m tahun depan. Hahahah."

Terdapat juga di antara mereka yang menggesa Tunku Ismail menyelamatkan maruah bola sepak negara kerana ia dikatakan masih belum terlambat.

Pengikut di laman sosial itu mendakwa, nafsu pembangunan bola sepak Malaysia lemah apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dimonopoli oleh ahli politik.

Tidak kurang juga yang meluahkan kesedihan mereka berikutan kekalahan yang sukar diterima tatkala rakyat sentiasa memberi sokongan padu kepada FAM dan skuad Harimau Malaya.



Tags / Kata Kunci: UAE , Harimau Malaya , FAM

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan