Dia Masih Disayangi: Dimitar Berbatov Disambut 10,000 Penyokong PAOK

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 4:48 PM

10,000 peminat membanjiri stadium PAOK Saloniki di Greece untuk menyambut ketibaan Dimitar Berbatov.

(Ubah saiz teks)

> Bekas bintang Man Utd dan Tottenham itu sertai kelab Greece

> Dimitar Berbatov tandatangan kontrak dua tahun dengan PAOK

> Kontraknya dengan AS Monaco tidak disambung

> Pemain berusia 34 tahun itu akan terima gaji £1.2 juta setahun

WALAUPUN Greece dilanda krisis ekonomi yang teruk dengan kerajaan negara itu diisytihar bankrap dan memerlukan bantuan kewangan dari negara Eropah yang lain tetapi segala masalah itu tidak sedikitpun menghalang kelab bolasepak mereka, PAOK Saloniki membayar £1.2 juta setahun kepada bekas bintang Manchester United, Dimitar Berbatov untuk bermain dengan mereka.

Malah, 10,000 peminat menanti ketibaan Berbatov di stadium kelab itu pada Khamis untuk menyambutnya bagaikan seorang hero.

Mungkin di dalam krisis, manusia memerlukan harapan dan hiburan yang menghiburkan dan Berbatov dilihat boleh membawa keceriaan kembali ke wajah warganegara Greece yang berada di dalam duka nestapa.

Pemain berusia 34 tahun itu telah dilepaskan oleh Monaco sebaik sahaja selesai musim lalu dan bagi PAOK pula, Berbatov adalah pemain berprofil tinggi yang pertama yang pernah mereka miliki dalam sejarah kelab tersebut.

Berbatov bersetuju menandatangani kontrak dua tahun dengan PAOK.

"Saya sangat terkejut...saya tidak menyangka yang saya akan disambut begini dan saya tidak menyangka seramai ini yang datang menyambut saya," ujar Berbatov.

Berbatov yang berasal dari Bulgaria berkata, kampung keluarganya  hanya 15 km dari sempadan Greece oleh hal yang demikian mereka bagaikan saudara dengannya.

"Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada presiden PAOK, Ivan Savvidis kerana berusaha untuk membawa saya ke sini. Saya akan memberikan segala-galanya kepada PAOK," ujarnya.

Berbatov menyertai Monaco pada 2014 dari Fulham - bermain 37 kali untuk Monaco dan menjaringkan sembilan gol.

Monaco menduduki tempat ketiga Liga Perancis musim lalu manakala PAOK juga menduduki tempat ketiga Liga Greece.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan