Apakah Corak Latihan Kita Ketinggalan 20 Tahun Kebelakang, Tanya Pesuruhjaya Sukan - Bola Sepak | mStar

Apakah Corak Latihan Kita Ketinggalan 20 Tahun Kebelakang, Tanya Pesuruhjaya Sukan

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 5:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman bertanya apakah corak latihan pasukan kebangsaan ketinggalan 20 tahun ke belakang sehingga menyebabkan mereka dibelasah 10-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia, malam Khamis.

"Semua pihak yang terlibat perlu muhasabah diri agar punca sebenar prestasi buruk yang dihadapi skuad bola sepak negara dikenalpasti. Apa yang berlaku sudah berlaku. Dalam keadaan ini saya lebih suka mengambil pendekatan dari segi psikologi; kenapa pemain kita tidak beraksi seperti pemain lawan, apa kesilapan pasukan kita? Adakah corak latihan kita ketinggalan 20 tahun ke belakang?

"Semua persoalan itu perlu dicari dengan segera demi masa depan bola sepak kita," jelasnya kepada mStar online.

Ini adalah kekalahan paling buruk yang dialami oleh skuad kebangsaan negara para era moden. 

Zaiton yang juga merupakan pemegang rekod kebangsaan dalam acara heptathlon di Sukan SEA Manila 1981 mengakui sepertimana seluruh rakyat Malaysia yang lain, beliau turut berasa kecewa dengan apa yang berlaku terhadap skuad bolasepak kebangsaan.

"Pemain-pemain sekarang tidak ada semangat perjuangan sepertimana era Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Aun dan beberapa lagi pemain seangkatan dengan mereka," ujarnya.

Zaiton yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Jasmani dari Universiti Pertanian Malaysia dan Ijazah sarjana dalam Applied Sports Psychology dari San Diego State University, California menyeru para pemain bangkit daripada kekecewaan itu menjelang pertemuan dengan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Selasa ini.


Tags / Kata Kunci: Datuk Zaiton Othman , Bola Sepak
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan