Kelayakan Euro 2016: Belanda Di Kedudukan Bahaya Selepas Tewas Kepada Iceland

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 8:15 AM

Pemain tengah Iceland Gylfi Thor Sigurdsson menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan pusingan kelayakan Euro 2016 (Kumpulan A) menentang Belanda di Arena Stadium, Amsterdam, awal pagi Jumaat. Iceland menang 1-0. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

PARIS: Iceland mengambil langkah besar untuk mendapatkan tiket ke final Euro 2016 dengan kemenangan 1-0 ke atas Belanda awal pagi JUmaat.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan Belanda di kedudukan bahaya dan mungkin terlepas peluang untuk beraksi di pusingan akhir di Perancis.

Sepakan penalti Gylfi Sigurdsson pada minit ke-51 memastikan Iceland kekal di tangga teratas Kumpulan A dengan 18 mata - lapan mata mendahului Belanda yang berada di tangga ketiga dengan baki tiga perlawanan.

Belanda kehilangan kapten Arjen Robben yang mengalami kecederaan pangkal paha selepas setengah jam perlawanan dan digantikan dengan Luciano Narsingh.

Mimpi buruk bagi Belanda berlaku selepas babak pertama dengan pemain tengah Swansea Sigurdsson menyumbat gol penalti selepas Gregory van der Wiel menjatuhkan Birkir Bjarnason.

Belanda kini di tangga ketiga dalam Kumpulan A, enam mata di belakang Republik Czech yang menewaskan Kazakhstan 2-1 menerusi sepakan gol oleh Milan Skoda pada minit ke-74 dan 86.

Belanda perlu menang ke atas Turki  yang seri 1-1 dengan Latvia dalam perlawanan pada Ahad. Turki berada di kedudukan keempat dengan sembilan mata.

Republik Czech akan bertemu Latvia dan pastinya Iceland akan memastikan mereka layak buat pertama kali dalam aksi Euro 2016 di tempat sendiri menentang Kazakhstan.
Tags / Kata Kunci: Kelayakan Euro 2016

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan