Misi Satu Mata Di Abu Dhabi Memadai - Dollah

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 4:11 PM

Dollah bersama Safiq (kanan). Foto: The Star/SAMUEL ONG

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh mengakui aksi bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bukan tugas mudah di Stadium Mohamed Bin Zayed, Abu Dhabi, Khamis malam.

Malah Dollah secara jujurnya memberitahu persiapan skuadnya tidak begitu sempurna, lebih-lebih lagi jelas kekurangan pemain berbisa di bahagian serangan selepas terikat tanpa jaringan pada aksi perlawanan persahabatan dengan Bangladesh Sabtu lalu.

"Tapi berdasarkan persembahan pemain ketika separuh masa kedua aksi bertemu Bangladesh itu, mereka beraksi dengan baik. Cuma masalah utama kami, penyerang gagal menjaringkan gol.

"Untuk berdepan UAE, bukan tugas mudah kerana mereka boleh dianggap salah satu pasukan terbaik di Asia. 

"Namun misi kami ke Abu Dhabi ini bukan untuk bertahan, tapi mahu memastikan sekurang-kurang satu mata dapat dibawa pulang. Itu sudah memadai.

"Selepas kami tewas 6-0 kepada Palestin pada perlawanan terdahulu, saya yakin pemain mahu memandang ke hadapan untuk memberikan terbaik pada perlawanan menentang UAE nanti," katanya.

Malaysia ketika ini menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas hanya mengutip satu mata hasil keputusan seri 1-1 bertemu Timor Leste pada aksi pertama manakala tewas 6-0 kepada Palestin selepas itu.

Kelebihan jaringan Palestin ketika menewaskan Malaysia meletakkan pasukan itu di kedudukan teratas dengan tiga mata daripada dua aksi biarpun Arab Saudi dan UAE mencatat mata yang sama bagi satu perlawanan.

Berdasarkan kedudukan ranking dunia, UAE berada di tangga ke-70 dunia, manakala Malaysia jauh ketinggalan di kedudukan ke-168 dunia.

Pun begitu, kapten negara, Safiq Rahim ternyata tidak mahu menjadikan kelebihan UAE itu sebagai penghalang untuk melakukan yang terbaik.

"Sudah tentu UAE antara pasukan terbaik di Asia. Tapi kami takkan beri laluan mudah buat mereka. Kami akan memberikan persembahan terbaik, sepenuh komitmen dan fokus seratus peratus.

"Sasaran kami ialah untuk mendapatkan mata dan memastikan satu keputusan positif dapat dibawa balik dari Abu Dhabi.

"Tumpuan, disiplin dan mengikut arahan serta taktikal jurulatih. Yang paling penting, disiplin dalam permainan," jelas pemain tengah ini.

Perlawanan UAE dan Malaysia bakal berlangsung pada pukul 11.15 malam (waktu tempatan).

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan