Daniel Sturridge Tak Dapat Kembali Sertai Liverpool Menentang Man United

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 7:17 AM

Daniel Sturridge.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Liverpool, Daniel Sturridge tidak dapat menyertai semula latihan pasukan yang pertama seawal-awalnya sehingga akhir minggu ini sekali gus menyebabkan beliau tidak dapat bermain dalam perlawanan menentang Manchester United pada minggu depan.

Liverpool sebenarnya begitu terdesak mengharapkan penyerang harapan mereka untuk kembali cergas sepenuhnya untuk menjadi tetamu di Old Trafford.

Walaupun pemain skuad England berkenaan telah menghabiskan masa sepanjang bulan lalu untuk pemulihan berikutan pembedahan pada bahagian pinggulnya namun beliau masih belum boleh menyertai rakan-rakannya.

Malah kelab di Anfield turut menerima tamparan hebat apabila seorang lagi pemain paling penting mereka, iaitu pemain tengah Philippe Coutinho tidak dapat meneruskan aksinya di Manchester United selepas dilayangkan kad kuning semasa perlawanan menentang West Ham pada Sabtu lalu.

Keadaan Sturridge ketika ini menunjukkan tanda-tanda beliau masih dalam pemulihan dan mungkin tidak dapat kembali cergas sepenuhnya sehingga November depan.

Tags / Kata Kunci: Daniel Sturridge , Liverpool

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan