Chelsea Sedia Pecah Rekod Dunia Untuk Dapatkan Paul Pogba

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA memberi amaran bahawa kelab itu sedia membuat tertinggi sehingga memecah rekod bayaran pemindahan pemain demi mendapatkan bintang tengah Juventus, Paul Pogba.

Pemain muda Perancis itu merupakan sasaran Jose Mourinho pada jendela pemindahan kali ini namun bidaan bernilai £54 juta telah ditolak kelab Itali berkenaan.

Bagaimanapun dalam laporan terbaru, Ketua Eksekutif Juventus Giuseppe Marotta mengeluarkan kenyataan bahawa kelab itu hanya akan menjual pemain berusia 22 tahun itu pada nilai £73 juta.

Bagaimanapun jumlah itu disifatkan tidak keterlaluan kerana Real Madrid mampu membayar kepada Tottenham sebanyak £86 juta untuk mendapatkan Gareth Bale dan jumlah itu merupakan rekod pemindahan termahal setakat ini.

Pogba mula menjadi rebutan selepas berjaya membantu Juventus sehingga layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain muda itu berhijrah ke Juventus selepas kontraknya bersama Manchester United tamat pada 2012.

Tags / Kata Kunci: Juventus , Chelsea

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan