"Wayne Rooney Tanya Siapa Anthony Martial" - Schneiderlin

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 7:35 AM

Wayne Rooney.

(Ubah saiz teks)

KAPTEN dan penyerang Manchester United, Wayne Rooney bertanya siapakah Anthony Martial yang melengkapkan pemindahan dari Monaco ke Old Trafford dengan bayaran £36 juta.

Perkara tersebut didedahkan oleh pemain tengah, Morgan Schneiderlin yang memberitahu pemberita di Perancis bahawa Rooney telah bertanyakan tentang pemain berusia 19 tahun itu.

Manchester United melengkapkan perjanjian bersama Monaco pada saat akhir sebelum pintu perpindahan untuk musim ini ditutup pada Selasa.

Martial yang hanya bermain kurang 50 kali dalam perlawanan utama di Perancis dan ia sekali gus mengejutkan banyak pihak apabila Manchester United mengambil risiko dengan membuat bayaran begitu mahal untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Dengan pengalaman Martial yang sedikit itu menyebabkan Rooney mahu mendapatkan lebih banyak maklumat daripada Schneiderlin mengenai rakan baharu dalam pasukannya.

Bercakap kepada pemberita di pusat latihan Perancis di Clairefontaine, Schneiderlin berkata: "Jujurnya, semalam (Isnin) semasa dalam pesawat, Wayne Rooney bercakap dengan saya dan bertanya siapakah Martial memandangkan banyak media mula bercakap tentang pemain itu.

"Saya beritahu (Rooney) bahawa dia (Martial) merupakan pemain yang bagus dengan potensi yang baik, yang berpengalaman dalam beberapa perlawanan yang cemerlang dengan Monaco pada musim lepas.

"Saya beritahu (Rooney) bahawa dia (Martial) merupakan sangat tangkas dan licik," katanya.

Schneiderlin bagaimanapun memberi pesanan buat pemain muda Martial mengenai perpindahannya ke Old Trafford supaya tidak terlalu memikirkan mengenai jumlah bayaran perpindahannya.

"Isu mengenai jumlah bayarannya? Jika dia mahu nasihat saya, adalah dia perlu mengabaikannya," katanya.

"Media akan bercakap banyak mengenainya dan menjangkakan dia menjaringkan banyak gol. Tetapi dia perlu ingat kualiti dia dan bermain seperti mana yang dia tahu.

"Dia jangan tidak fokus hanya disebabkan perkara itu (isu bayaran). Saya fikir semuanya akan berjalan dengan baik." - Mirror

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan