Man United Dedah Urusan Pemindahan De Gea, Jawab Tuduhan Real Madrid

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 11:42 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United mengeluarkan kenyataan tegas bagi membantah dakwaan Real Madrid yang menyalahkan kelab England itu berhubung kegagalan pemindahan David de Gea ke Bernabeu.

United sebelum ini dikritik oleh Real apabila didakwa gagal memberi maklumat lengkap mengenai De Gea kepada Fifa untuk melengkapkan pemindahan penjaga gol berkenaan pada minit terakhir sebelum jendela pemindahan ditutup pada 1 September.

Bagaimanapun, United dengan lantang menjawab tuduhan tersebut dan menghantar kenyataan semula menerusi e-mel kepada wartawan.

"Manchester United telah mengambil perhatian mengenai kenyataan Real untuk mendapatkan David De Gea dan menjual Navas kepada United," jelas kenyataan berkenaan yang disusuli dengan alasan.

Dalam alasan tersebut, United mendakwa tidak menerima sebarang tawaran mengenai De Gea sehingga pagi Isnin dan kelab itu enggan menjual pemain berkenaan.

Bagaimanapun pada tengah hari, United telah menerima tawaran untuk membeli De Gea dan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua kelab termasuk menjual Navas kepada Old Trafford.

Selepas beberapa jam proses itu dilakukan, Navas masih berada di kem latihan Real manakala kelab gergasi Sepanyol berkenaan mengawal dokumen berhubung pemindahan De Gea.

Pada 10.40 malam pertukaran besar telah dilakukan pada dokumen pemindahan apabila Real menghantar dokumen yang tidak lengkap kepada United.

Sehingga minit-minit terakhir United masih berusaha dan berjaya menghantar dokumen itu kepada Fifa untuk melengkapkan urusan pemindahan De Gea.

United menegaskan segala urusan telah diselesaikan sebelum tempoh pemindahan ditutup.

Malah, Real didakwa hanya mampu menghantar segala dokumen kepada liga Sepanyol selepas 28 minit jendela pemindahan pemain ditutup.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan