Van Gaal, Wooward Dikutuk Penyokong Man United

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 10:52 AM

(Ubah saiz teks)

LOUIS Van Gaal dan Ketua Eksekutif Manchester United, Ed Woodward antara individu yang menerima kritikan dan ejekkan paling banyak di laman sosial berikutan tindakan mereka mendapatkan pemain yang tidak dijangka.

Woodward menjadi mangsa kemarahan penyokong United apabila disifatkan sebagai seorang pemimpin yang gagal membawa pemain bertaraf bintang ke Old Trafford.

Penyokong menyenaraikan pemain bertaraf bintang yang gagal dibeli United seperti Neymar, Gareth Bale, Pedro, Cristiano Ronaldo, Muller dan Ramos selain ramai lagi.

Malah kepimpinan United termasuk Van Gaal dicemuh gara-gara kenyataan yang tidak konsisten selain gagal membawa pemain yang mampu memberi keyakinan kepada penyokong bahawa pasukan itu dapat merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Tindakan United menyekat pemindahan David de Gea pula dikatakan satu sabotaj.

Tidak cukup dengan itu Van Gaal dilapor cuba menghapuskan pemain yang pernah berada di bawah kendalian Alex Ferguson.

Sehingga kini lebih daripada separuh pemain telah dibuang dan yang terbaru ialah penghijrahan Javier Hernandez, Adnan Januzaj,  Tyler Blackett dan Anders Lindegaard.

Daripada jumlah itu hanya seorang pemain muda yang dibawa masuk iaitu Anthony Martial dari Monaco.



Tags / Kata Kunci: Manchester United , Van Gaal

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan