Perpindahan De Gea Ke Real Madrid Gagal - Bola Sepak | mStar

Perpindahan De Gea Ke Real Madrid Gagal

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 7:04 AM

David De Gea.

(Ubah saiz teks)

IMPIAN David De Gea untuk berhijrah ke Real Madrid berkecai apabila Manchester United gagal menyerahkan kertas kerja yang sepatutnya sebelum pintu perpindahan pemain ditutup.

Namun tiada pengumuman rasmi dikeluarkan kedua-dua pihak setakat ini.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk menjual De Gea ke Real, United merancang untuk membawa masuk Keylor Navas.

De Gea telah menandatangani kontrak baharu bersama kelab Sepanyol itu tetapi kertas kerja tidak sampai ke pejabat Real sebelum pintu perpindahan pemain ditutup tengah malam Isnin.

Menurut Laporan di Sepanyol, United bertanggungjawab terhadap kegagalan perpindahan itu kerana kertas kerja berkenaan tiba di Ibu Pejabat Persekutuan Bola Sepak Sepanyol seminit selepas pintu perpindahan ditutup.

United berkata mereka mempunyai bukti bahawa kertas kerja yang dikehendaki dihantar tepat pada masanya.

Namun, Real dipercayai akan cuba untuk merealisasikan perpindahan tersebut dengan mengemukakan rayuan kepada Fifa yang bertanggungjawab membenarkan perpindahan antarabangsa.

Sekiranya diluluskan, Navas akan menyertai United sebagaimana yang dirancang.


Tags / Kata Kunci: David De Gea , Real Madrid , Machester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan