Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Bola Sepak Piala AFF B-19

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 11:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda C (Bawah 19) mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF B-19 selepas pendahulu kumpulan B, Vietnam menewaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan terakhir kumpulan itu di Stadium Nasional Laos di Vientiane, pada Isnin.

Malaysia mengiringi Vietnam ke separuh akhir kejohanan tahunan itu berikutan kelebihan perbezaan gol berbanding Myanmar walaupun kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan peringkat kumpulan.

Pada perlawanan hari ini, Vietnam memperoleh gol menerusi Tran Duy Khanh pada minit ke-41 dan Ha Duc Chinh pada minit ke-78.

Malaysia dijangka berdepan cabaran sukar apabila bertemu juara kumpulan A, Thailand yang juga juara tiga kali kejohanan itu, manakala tuan rumah Laos yang muncul naib juara kumpulan A akan menentang Vietnam di separuh akhir.

Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di gelanggang yang sama pada Rabu ini (2 September).

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan yang mula diperkenalkan pada 2002 itu adalah muncul naib juara pada 2005, 2006 dan 2007.

Tags / Kata Kunci: Skuad Harimau Muda C , Piala AFF B-19

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan