Real Catat Kemenangan Pertama Musim Ini

Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2015 12:03 PM

Gareth Bale melompat kegirangan selepas menjaringkan gol pertama Real Madrid dalam perlawanan La Liga pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

> Real Madrid benam Real Betis 5-0

> Gareth Bale muncul hero dengan gol pertama Real selepas 94 saat perlawanan bermula

> James Rodriguez menjaringkan dua gol yang cantik

> Rafa Benitez boleh menarik nafas lega

> Ini adalah kemenangan Real Madrid yang pertama

REAL MADRID mencatatkan kemenangan yang pertama mereka musim ini dengan kemenangan bergaya ke atas Real Betis.

Pemain sayap dari Wales yang juga pemain termahal dunia, Gareth Bale menyumbat gol Real yang pertama hanya selepas 94 saat perlawanan bermula hasil hantaran lintang James Rodriguez.

Rodriguez kemudiannya menambah jaringan Real menerusi sepakan percuma yang menakjubkan dan selepas itu menjaringkan satu lagi gol untuk pasukannya pada separuh masa kedua.

Tetapi sebelum itu, giliran Karim Benzema pula menjaringkan gol ketiga Real.

Ruben Castro berpeluang untuk mengurangkan defisit tetapi sepakan penaltinya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Real, Keylor Navas.

Bale kemudian sekali lagi menjaringkan gol untuk melengkapkan kemenangan 5-0 ke atas Betis.

REAL MADRID: Navas; Danilo, Varane, Ramos, Marcelo; Kroos (Casemiro 64), Modric (Kovacic 75); James, Bale, Ronaldo; Benzema (Isco 53). 

Simpanan Tidak Diturunkan: Pepe, Casilla, Carvajal, Jese.

Penjaring Gol: Bale 2, 88, James 39, 49, Benzema 47.

Kad Kuning: Kroos, Casemiro.

REAL BETIS: Adan; Piccini, Pezzella, Bruno, Molinero (Molina 45); Torres, N'Diaye (Petros 81), Cejudo, Vargas; Ceballos (Digard 53), Castro. 

Simpanan Tidak Diturunkan: Gimenez, Rennella, Westermann, Portillo

Kad Kuning: Vargas, Molinero, Torres.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan