Muller Jaring Dua Gol Untuk Letak Bayern Pendahulu Liga

Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2015 1:48 PM

Thomas Muller

(Ubah saiz teks)

THOMAS Muller meraikan perlawanan Bundesliganya yang ke-200 dengan penuh bergaya - menjaringkan dua gol dan membantu kelabnya Bayern Munich menumpaskan Bayer Leverkusen 3-0 untuk menduduki takhta liga selepas tiga perlawanan pertama musim baru ini.

Ia juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turut buat penyandang liga Jerman itu.

Gol pertama Bayern muncul pada minit ke-26 selepas penyerang baru kelab itu Douglas Costa dari Brazil yang menerima hantaran sempurna daripada Xabi Alonso, melorongkan bola kepada Roberto Hilbert yang kemudiannya menghantar bola itu kepada Müller yang berada di dalam kawasan kotak penalti untuk menjaringkannya.

Bayern selepas itu menambahkan jaringan apabila Muller mengambil sepakan penalti. Ia adalah gol Muller yang ke-76 sepanjang kariernya.

Kapten baru pasukan kebangsaan Belanda, Arjen Robben menjadikannya 3-0 pada minit ke-71.

“Kami bekerja keras sepanjang minggu ini untuk memastikan kemenangan ini,” kata pengurus Bayern, Pep Guardiola.

Bayern kehilangan tiga tonggak utamanya kerana kecederaan dan juga pengantungan iaitu Jérôme Boateng, Mehdi Benatia dan Holger Badstuber tetapi itu tidak menghalang mereka untuk mendominasi perlawanan dari mula hingga wisel penamat berbunyi.

Bayern kini dua mata di hadapan Wolfsburg dan FC Cologne. 


Tags / Kata Kunci: Bayern Munich , Bundesliga , Thomas Muller

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan