Penyerang Antarabangsa Sepanyol Fernando Llorente Sertai Sevilla - Bola Sepak | mStar

Penyerang Antarabangsa Sepanyol Fernando Llorente Sertai Sevilla

Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2015 1:21 PM

Fernando Llorente yang berusia 30 tahun kini kembali ke Sepanyol bersama kelab Sevilla.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG antarabangsa Sepanyol, Fernando Llorente mengesahkan yang beliau akan menyertai juara Liga Europa, Sevilla selepas dua tahun bersama juara Serie A, Juventus.

Pemain berusia 30 tahun itu suatu ketika dahulu pernah dianggap sebagai penyerang paling digeruni ketika dia bersama Athletic Bilbao selama lapan tahun.

Dia kini akan menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Sevilla.

Llorente telah menjaringkan 11 gol dalam 30 perlawanan liga bersama Juventus musim lalu untuk membantu mereka muncul juara liga dan Coppa Italia termasuk muncul naib juara Liga Juara-Juara Eropah. 

Dia sebenarnya masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun lagi bersama Juventus tetapi dengan ketibaan penyerang baru Mario Mandzukic, Paulo Dybala dan Simone Zaza dengan sendirinya bermakna Llorente menjadi penyerang pilihan keempat.

REKOD KARIER LLORENTE:

TAHUN PASUKAN PERMAINAN  GOL
2003–2004 Baskonia 33 (12)
2004–2005 Bilbao Athletic 16 (4)
2005–2013 Athletic Bilbao 262 (85)
2013–2015 Juventus 66 (23)
2015– Sevilla 0 (0)



Tags / Kata Kunci: Fernando Llorente , Juventus , Sevilla , Sepanyol
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan