Tengku Abdullah Seru Harimau Malaya Bangkit Cipta Kemenangan

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 9:16 PM

Tengku Abdullah memegang tanda nama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang tersenarai dalam Kumpulan B semasa cabutan undi TM Piala Malaysia 2015, Khamis. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru agar pasukan Harimau Malaya bangkit daripada episod kekalahan di peringkat antarabangsa.


Tengku Abdullah berkata, skuad kebangsaan belum mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan antarabangsa sebelum ini.

“Skuad kebangsaan bakal mengharungi tiga baki kempen Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

“Saya percaya kemenangan ke atas Bangladesh dalam aksi persahabatan Sabtu ini  mampu menjadi tonik terbaik buat skuad bimbingan Dollah Salleh itu.

"Kita akan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi pada 3 September dan menentang Arab Saudi pada 8 September ini," katanya dalam ucapan pembukaan Kongres Tahunan FAM ke-51 pada Khamis.

Pada aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste 11 Jun lalu,  skuad negara hanya  sekadar seri 1-1, sebelum dibelasah Palestin 0-6 di Stadium Nasional Bukit Jalil lima hari kemudian.

Dalam ucapannya juga, Tengku Abdullah mengharapkan sokongan dan bersedia dalam menghadapi cabaran baharu apabila penswastaan Liga Malaysia akan dijalankan sepenuhnya musim 2016 nanti.

“Saya harap semua pihak akan menyokong proses transisi ini. Malah saya juga mahu melihat sama ada ketua, pengerusi, setiausaha atau wakil menggunakan saluran yang betul untuk pasukan masing-masing sekiranya ada perkara yang berbangkit.

“Badan kehakiman FAM adalah bebas. Pengerusi tatatertib bukan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman dan ia berdasarkan kapabiliti masing-masing.

“Mesti ikut peraturan atau setuju dengan keputusan kad merah (contoh). Bukannya setiap kali dikenakan kad, pasukan itu tidak dapat terima keputusan pengadil tersebut. Macam mana nak main di peringkat dunia kalau macam tu. Jadi kena ada hormat,” jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Tengku Abdullah , FAM , Harimau Malaya

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan