P.Pinang Mahu Buat Kejutan Di Akhir Piala Presiden

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 9:33 PM

S. Veloo (dua, kanan, baju kemeja putih)

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Skuad muda Pulau Pinang mahu mengiringi kejayaan pasukan senior mereka layak ke bola sepak Liga Super musim depan, dengan menjulang Piala Presiden apabila menentang Kelantan dalam perlawanan akhir di Stadium Bandaraya, di sini Jumaat malam.

Ketua jurulatih Pulau Pinang, S. Veloo mengharapkan anak buahnya mencipta kejutan, sekali gus mendapatkan piala yang kali terakhir mereka menangi pada 2004.

"Kebetulan pasukan senior berjaya layak ke Liga Super musim depan dan saya harap ini adalah peluang terbaik untuk Pulau Pinang menjadi juara Piala Presiden tahun ini. 

"Persiapan rapi telah dilakukan dan saya percaya kami mampu muncul juara walaupun setiap tahun kita nampak remaja Kelantan memang bagus. Tapi kami juga mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak Pulau Pinang," katanya dalam sidang akhbar di sini, Khamis.

Sementara itu, jurulatih Kelantan, Mohd Nafuzi Mahamad Zain menganggap pasukannya sebagai 'underdog' kerana beraksi di tempat lawan.

"Ketika mengambil alih pasukan ini pada pertengahan tahun, kami berjaya membaiki persembahan daripada tempat kelapan dan seterusnya ke final. Sudah pasti pemain turut berharap dapat menjulang piala malam esok sebagai pelengkap," katanya.

Kelantan pernah muncul juara kejohanan ini sebanyak lima kali iaitu pada 1985, 1995, 2005, 2011 dan 2013 manakala Pulau Pinang sekali pada 2004.

Tags / Kata Kunci: piala presiden , S. Veloo

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan