Kedah Pasukan 'Underdog' - Tan Cheng Hoe

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 4:35 PM

Tan Cheng Hoe.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kurang dua minggu lagi, saingan Piala Malaysia 2015 bakal membuka tirai sekali gus menyaksikan 16 pasukan beraksi merebut trofi berprestij di negara ini.

Kebanyakan jurulatih yang berjaya membawa pasukan masing-masing ke aksi Piala Malaysia mengakui ia bukan tugas mudah walaupun berdepan skuad yang pernah ditewaskan sama ada dalam saingan Liga Super mahupun Liga Perdana.

Bagi jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berharap pemain-pemainnya dapat memberi persembahan terbaik dalam kempen yang akan bermula pada 11 September ini.

“Berdasarkan undian, Kedah berada dalam Kumpulan A bersama Lions XII dan JDT II dan saya menggambarkan ia saingan yang seimbang.

“Pasukan kami boleh dikatakan ‘underdog’ kerana dua lagi pasukan, Terengganu dan Lions XII bermain dalam liga super yang berbeza dengan liga perdana.

“Tetapi saya harap semua pemain menunjukkan komitmen penuh dalam setiap perlawanan nanti,” ujarnya selepas Majlis Pelancaran Logo dan Tajaan Piala Malaysia serta Majlis Undian Pasukan Piala Malaysia 2015, Khamis.

Pasukan yang digelar Helang Merah itu pastinya akan menjadi tumpuan pasukan lain selepas dinobatkan juara Liga Perdana musim ini sekali gus layak bersaing dalam Liga Super 2016.

Pada majlis undian Piala Malaysia 2015 yang mendapat penajaan utama Telekom Malaysia (TM) sehingga 2017 ini menyaksikan empat kumpulan yang seimbang.

Hubungan TM dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukanlah perkara baharu memandangkan sebelum ini turut menjadi penaja utama pada 2004 hingga 2010.

Senarai kumpulan Piala Malaysia 2015:

KUMPULAN A: Terangganu, Lions XII, Kedah, JDT II

KUMPULAN B: JDT, Perak, Sarawak, ATM,

KUMPULAN C: Selangor, Felda United, Kelantan, T-Team

KUMPULAN D: Pahang, PDRM, Pulau Pinang, PKNS

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia , Tan Cheng Hoe

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan