Super Mario Kembali Ke AC Milan Selama Semusim

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2015 8:36 PM

Mario Balotelli sedang menjalani ujian perubatan dan kecergasan di AC Milan. Perhatikan dia sudah pun memakai jersi AC Milan.

(Ubah saiz teks)

> Pemain terbuang Liverpool Mario Balotelli kembali ke kelab lamanya AC Milan

> Dia dipinjamkan selama semusim oleh Liverpool

> Adalah dipercayai separuh daripada gajinya di Milan akan dibayar oleh Liverpool

> Balotelli pernah bermain sebanyak 43 kali bersama Milan dan menjaringkan 26 gol

PEMAIN Liverpool asal Itali, Mario Balotelli atau lebih dikenali dengan panggilan Super Mario kini kembali ke kelab lamanya AC Milan secara pinjaman selama semusim.

Balotelli yang sebelum ini dihukum berlatih secara berasingan oleh pengurusnya sudah pun berada di Milan untuk ujian perubatan sebelum menyertai rakan-rakan sepasukannya yang baru untuk sesi latihan ringan.

Adalah dipercayai yang Liverpool sanggup menanggung separuh daripada gajinya di Milan asalkan mereka dapat mengenepikannya sepanjang musim ini.

Sejak musim baru bermula, dia langsung tidak diturunkan walaupun sebagai pemain simpanan.

"Sesungguhnya saya berada sangat gembira untuk kembali ke Milan. Saya tidak mahu lagi bercakap banyak melainkan untuk turun berlatih dan membuktikan kebolehan saya," ujarnya.

Menurut Balotelli lagi, secara fizikalnya dia berasa cergas cuma perlu meningkatkan keupayaan fizikal dalam latihan.

Milan, yang menjual Balotelli kepada Liverpool sebanyak £16 juta pada 2014 difahamkan tidak perlu membayar sebarang yuran pinjaman kepada kelab Liga Perdana Inggeris itu sebaliknya Liverpool sanggup menjelaskan separuh daripada gajinya sepanjang tempoh pinjaman tersebut.

Pemain berusia 25 tahun itu dipercayai menerima gaji mingguan sebanyak £80,000 di Liverpool.

Sepanjang dia bermain dengan Liverpool, penyerang kontroversi itu hanya menjaringkan empat gol - satu dalam perlawanan liga manakala tiga lagi dalam kejohanan piala yang lain.

Kali terakhir dia menjaringkan gol untuk Liverpool ialah pada Februari yang lalu.

SEJARAH PERPINDAHAN DAN KARIER BOLASEPAK SUPER MARIO:

> Liverpool (2014-15): 16 perlawanan; satu gol

> AC Milan (2013-14): 43 perlawanan; 26 gol

> Man City (2010-13):  54 perlawanan; 20 gol

> Inter Milan (2006-10): 5 perlawanan; 2 gol

KOS PERPINDAHAN KESELURUHAN: £59 juta

Hubungan Balotelli dengan pengurus Liverpool Brendan Rodgers berada pada tahap yang rendah selepas dia didapati tidak menunjukkan keseriusan ketika dalam latihan dan lebih banyak bercakap daripada bermain bolasepak.

Ketika di Manchester City, Balotelli bergaduh di padang latihan dengan pengurusnya Roberto Mancini. Dia mempunyai sejarah bertelagah dengan jurulatihnya dan bersikap nakal ketika di luar padang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan