Dollah Panggil Dua Pemain Gantian Sertai Sesi Latihan

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 8:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyerang Pulau Pinang, Mohd Faiz Subridan pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Junior Eldstal dipanggil menyertai latihan pusat skuad Harimau Muda bagi menggantikan dua pemain yang cedera.

Pengendali skuad kebangsaan, Dollah Salleh berkata mereka akan menyertai pasukan itu di Wisma FAM, di sini esok selepas penyerang Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha dan pemain Perak, Idris Ahmad terpaksa disisihkan selepas disahkan mengalami kecederaan serius oleh doktor pasukan pada Isnin. 

"Saya pun memang agak pening kerana setiap kali panggilan kebangsaan,ada sahaja pemain yang cedera, namun saya berharap tiada lagi kecederaan dalam skuad kebangsaan selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad berkenaan pada Selasa. 

Dalam pada itu, beliau berkata keadaan jerebu yang melanda Lembah Klang ketika ini tidak akan mengganggu persiapan skuad berkenaan bagi menghadapi aksi persahabatan antarabangsa menentang Bangladesh di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. 

Beliau turut menegaskan pemain yang dipanggil untuk latihan pusat kali ini, tidak sepatutnya berdepan masalah kecergasan memandangkan Liga Super dan Liga Perdana baharu sahaja melabuhkan tirainya.  

"Cuma apa yang saya bimbangkan adalah keletihan kerana saya tidak mahu memaksa mereka. Sekiranya saya paksa mereka, maka mereka akan mendapat kecederaan.

"Memandangkan ada sesetengah pemain yang masih keletihan, kita hanya memberi fokus kepada proses pemulihan pada hari pertama sesi latihan pertama semalam,"jelas Dollah.

Sementara itu, penyerang veteran, Mohd Nor Farhan Muhammad, 30, bertekad memberikan persembahan terbaik sekiranya diturunkan pada aksi persahabatan menentang Bangladesh. 

"Kecederaan kepada Mat Yo (Norshahrul) memberi sedikit sebanyak peluang kepada saya untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

"Bagi saya, tiada tekanan setelah lama tidak beraksi untuk skuad kebangsaan dan saya cuba penuhi apa yang jurulatih mahukan daripada setiap pemain," tegas pemain kelahiran Terengganu itu. 

Skuad Harimau Malaya dijadualkan menghadapi dua aksi genting pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019 iaitu berdepan Emiriah Arab Bersatu di tempat lawan pada 3 September ini disusuli pertemuan dengan Arab Saudi, selang lima hari kemudian.

Malaysia menduduki tangga tercorot daripada empat pasukan dalam kumpulan A menerusi satu keputusan seri dan satu kekalahan.

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaya , Dollah Salleh

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan