TMJ Dedikasikan Kemenangan JDT Kepada Adinda

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 11:54 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedikasikan kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Liga Super musim ini buat adindanya, Tunku Abdul Jalil.

Baginda bertitah, ia merupakan berita gembira buat Tunku Abdul Jalil setelah didiagnosis menghidap penyakit kanser tahun lepas.

"Pada 20 Ogos tahun lalu, saya dan keluarga menerima berita sedih apabila Tunku Laksamana (Tunku Abdul Jalil) didiagnosiskan penyakit kanser tetapi semalam saya menerima mesej dari Tunku Laksamana menyatakan ia (ketika) paling gembira dalam hidupnya.

"Saya juga berterima kasih kepada Sultan (Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar), Permaisuri Raja Zarith Sofea, adik beradik lain serta isteri yang bersusah payah menjaga, dan memberi semangat kepada saya serta seluruh rakyat Johor," kata baginda di hadapan lebih 10,000 penyokong yang menyambut ketibaan pasukan itu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam Ahad.

Baginda yang merupakan Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah, tanpa sokongan padu semua pihak, JDT tidak mungkin berada pada kedudukan hari ini.

Tunku Ismail sebelum itu menyertai konvoi yang meraikan kepulangan JDT dari Plaza Tol Skudai melalui Jalan Lingkaran Dalam, Jalan Ibrahim, Jalan Abu Bakar, Jalan Skudai, Danga Bay dan menyusuri Persiaran Tun Sri Lanang, Jalan Abu Bakar, Jalan Wong Ah Fook dan Johor Bahru City Centre (JBCC) sebelum bas dinaiki berhenti di stadium.

Pada Sabtu,  pasukan kendalian Mario Gomez itu merangkul kejuaraan Liga Super bagi dua tahun berturut-turut biarpun tewas 1-2 di tangan Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Tags / Kata Kunci: JDT , Johor

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan