Piala AFC: JDT Ada Kelebihan Berdepan South China - Pengurus JDT

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 5:41 PM

JDT muncul juara Liga Super 2015.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT)mempunyai kelebihan apabila berdepan kelab South China pada aksi suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Selasa malam.

Pengurus JDT Ismail Ibrahim berkata selain memperoleh suntikan semangat selepas muncul juara Liga Super dua hari lepas, ketua jurulatih Mario Gomez juga mempunyai strategi tersendiri apabila bertemu bekas kelab yang pernah dibimbingnya itu.

"Pasukan South China amat berpengalaman. Pastinya Gomez juga cukup tahu kekuatan dan kelemahan mereka dan akan merangka strategi yang tepat untuk berdepan pasukan dari Hong Kong itu," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Ismail berkata walaupun menyedari pemain masih keletihan berikutan jadualperlawanan Liga Super yang padat, beliau berharap mereka dapat mempamerkan aksi terbaik, lebih-lebih lagi JDT tidak pernah tewas di laman sendiri dalam saingan pada kejohanan itu.

Katanya Leandro Velazquez yang dipinjamkan daripada kelab JDT II akan digandingkan dengan Luciano Figueroa di bahagian serangan bagi memastikan pasukan itu meraih kemenangan selesa sebagai bekalan sebelum bertandang ke tempat lawan di Stadium Mong Kok pada 15 September depan.

Sementara itu, pemain pertahanan JDT Aidil Zafuan Abd Radzak berkata walaupun mempunyai masa yang suntuk bagi menghadapi perlawanan itu, mereka akan beraksi bermati-matian.

"Kita kena lawan rasa letih kerana perlawanan ini berbeza dan tinggi tahapnya daripada liga kita. Kalau kita goyah, maka akan membawa padah,"katanya.

Dalam pada itu, pemain pertahanan South China, Bojan Malisic berkata pasukannya tidak akan memandang rendah keupayaan skuad kendalian Gomez itu.

"JDT bukanlah lawan mudah kerana dibarisi banyak pemain kebangsaan (Malaysia) dan mempunyai Figueroa di bahagian serangan. Dia (Figueroa) mempunyai penyudah yang menakjubkan," kata Malisic.

Tags / Kata Kunci: JDT , Piala AFC

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan