Pedro Jaring Gol Dalam Penampilan Sulung Bersama Chelsea

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 7:01 AM

Pedro menjaringkan gol pada penampilan sulungnya bersama Chelsea.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Chelsea sekadar mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas West Bromwich Albion di The Hawthorns, malam Ahad.

Namun, pemain baharu Chelsea, Pedro menjaringkan gol seawal minit ke-20 menerusi penampilan sulungnya bersama kelab tersebut.

Chelsea bernasib baik apabila penyerang tuan rumah, James Morrison gagal menyempurnakan sepakan penalti pada awal permainan.

Ia kemenangan pertama Chelsea pada musim ini selepas sekadar mengutip satu mata daripada dua perlawanan pembuka tirai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kelebihan Chelsea kemudian digandakan penyerang, Diego Costa pada minit ke-30 sebelum penyerang West Brom, James Morrison merapatkan jurang, lima minit kemudian.

Chelsea kemudian meledak gol ketiga menerusi Cesar Azpilicueta, tiga minit sebelum babak pertama berakhir dengan drama di babak kedua menjadi semakin menarik.

Anak buah Jose Mourinho terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-55 apabila pertahanan veteran, John Terry diarah keluar padang kerana mengasari Salomon Rondon di luar kotak penalti.

Chelsea nampak tertekan menyebabkan West Brom mengambil kesempatan menambah jaringan menerusi Morrison pada minit ke-69.

Namun, West Brom gagal menerjah gawang Chelsea sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus membolehkan pasukan lawan pulang dengan tiga mata penuh.

Chelsea kini menduduki tangga kesembilan dengan mengutip empat mata daripada tiga perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , EPL

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan