Wilson Lakar Hatrik Untuk Bournemouth, Leicester Kekal Rekod Tanpa Kalah

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 7:14 AM

Wilson (kanan) meraikan hatriknya bersama rakan pasukan.

(Ubah saiz teks)

CALLUM Wilson menjaringkan hatrik ketika Bournemouth menewaskan West Ham 4-3 di Upton Park, tengah malam Sabtu.

Ia adalah kemenangan pertama pasukan tersebut pada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Terdahulu Bournemouth tewas kepada Aston Villa dan Liverpool dalam dua aksi pembuka tirai.

West Ham memperolehi jaringan menerusi Mark Noble (penalti) dan Cheikhou Kouyate pada minit ke-53.

Marc Pugh yang diturunkan dari bangku simpanan terus meletakkan Bournemouth di depan.

Madibo Maiga berjaya mengembalikan rentak permainan pasukan tuan rumah apabila melengkapkan gol ketiga West Ham pada minit ke-82.

Namun, segalanya sudah terlambat apabila kedudukan kekal 4-3 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Lebih malang, West Ham terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Carl Jenkinson menjadi pemain kelima kelab itu yang diperintah keluar padang pada musim ini.

Mahrez (kanan) muncul penyelamat Leicester.

Dalam perlawanan berasingan, Riyad Mahrez menjaringkan gol penyamaan pada saat akhir untuk membantu Leicester City terikat seri 1-1 dengan Tottenham Hotspur di Stadium King Power.

Spurs mendahulu seawal minit ke-81 menerusi jaringan Dele Alli.

Leicester kini mengungguli tangga teratas liga dengan mengumpul tujuh mata selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan setakat ini.





Tags / Kata Kunci: Bournemouth , Leicester City , EPL

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan