Paul Scholes Kritik Kenyataan Van Gaal, Man United Tidak Hebat

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 9:55 AM

(Ubah saiz teks)

LAGENDA Manchester United, Paul Scholes mengkritik tindakan Louis Van Gaal yang menyifatkan skuad kendaliannya sebagai hebat apabila seri tanpa jaringan ketika bertemu Newcastle pada Sabtu.

Van Gaal ketika bercakap kepada media selepas perlawanan di Old Traffod menyifatkan barisan pemain telah menunjukkan aksi yang hebat dan menakjubkan.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak dapat diterima oleh Scholes kerana baginya United sepatutnya menang di laman sendiri dalam perlawanan itu.

Tidak cukup dengan itu, bekas pemain tengah itu yakin penyokong pasti mahukan kemenangan selepas Van Gaal membelanjakan £250 juta untuk mendapatkan pemain baru sejak musim lalu.

"Dia kata 'hebat' pada masa tertentu. Saya tidak nampak sesuatu yang hebat dalam perlawanan itu.

"United beraksi sebagai tuan rumah, kamu perlu menang pada perlawanan ini. Penjaga gol lawan hanya membuat satu-dua tepisan sahaja. Adakah ini hebat? tidak bagi saya," katanya kepada BT Sport.

Scholes juga percaya dengan pengalaman yang ada pada Van Gaal, jurulatih kelahiran Belanda itu sepatutnya membentuk rentak permainan yang lebih baik.

"Setakat ini United hanya menang 1-0 dalam dua perlawanan, adakah ini hebat?" jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Paul Scholes

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan