"Kejayaan JDT Bukan Nasib, Kami Berhak Menang" - Safiq Rahim

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2015 2:32 PM

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasukan JDT meraikan kejayaan mereka selepas dinobatkan sebagai juara Liga Super 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kedua bukan atas nasib tetapi adalah hasil semangat sepasukan yang mengekalkan momentum perlawanan sengit sepanjang saingan liga.

Meskipun tewas mengejut kepada Felda United FC 1-2 pada perlawanan terakhir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam Sabtu, kapten pasukan Mohd Safiq Rahim menyifatkan semua pemain tetap memberikan serangan kepada lawan walaupun terpaksa bermain dengan 10 pemain.

"Kejayaan kami menjulang trofi Liga Super buat kali kedua kali ini bukan atas nasib. Kami berhak mendapat kemenangan ini kerana pasukan telah berjuang habis-habisan bermula pada saingan liga lagi.

"kalau pasukan tidak menunjukkan usaha dari awal saingan, kami tidak akan sampai ke tahap ini. Saya harap pasukan akan beraksi lebih baik pada musim akan datang untuk mempertahankan kejuaraan bagi musim depan," katanya selepas majlis penyerahan Piala Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, malam Sabtu.

Kejayaan skuad Harimau Selatan mempertahankan mahkota Liga Super itu turut dibantu kekalahan seteru utama, Pahang yang tewas 3-1 kepada Terengganu di tempat lawan.

Selaku juara, JDT membawa pulang wang tunai berjumlah RM750,000.

Kejayaan muncul juara Liga Super 2015 turut membolehkan JDT layak selaku wakil Malaysia ke saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016.

Tags / Kata Kunci: JDT , Safiq Rahim

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan