Sultan Ahmad Shah Kekal Presiden AFF Tanpa Bertanding

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 9:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tanpa bertanding untuk penggal kedua selepas pencabar tunggal Datuk Worawi Makudi dari Thailand menarik diri pada saat-saat akhir pemilihan.

Makudi, selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand dan anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA, mengambil keputusan itu sebelum pemilihan bermula sempena Kongres AFF ke-22 di Hotel Novotel Max di Yangon, Myanmar, Sabtu.

Empat naib presiden terpilih untuk penggal 2015-2019 ialah Mejar Jeneral Khiew Sameth (Kemboja), U Zaw Zaw (Myanmar), Dr Tran Quoc Tuan (Vienam) dan Putera Sufri Bolkiah (Brunei).

Sultan Ahmad Shah mengambil ahli jawatan Presiden AFF pada 2011 daripada Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail selepas menang tanpa bertanding.

Dalam ucapan penerimaan jawatan, baginda menyeru semua ahli gabungan AFF untuk terus merapatkan barisan dan meletakkan persaudaraan ASEAN atas segala-galanya.

Baginda ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli gabungan AFF atas kepercayaan berterusan yang diberikan atas kebolehan baginda sebagai presiden badan bola sepak serantau ini," titah baginda, seperti dipetik dalam laman web AFF, www.aseanfootball.org.

Baginda turut mengingatkan semua ahli AFF untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan bekerja bersama-sama untuk membangun dan meningkatkan mutu bola sepak Asean.

Tags / Kata Kunci: Sultan Ahmad Shah , AFF

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan