Kedah Julang Trofi Juara Liga Perdana 2015

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 11:15 PM

Pemain Kedah, Sandro Da Silva Mendonga (kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol pada perlawanan akhir Liga Perdana 2015 menentang DRB Hicom FC di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat malam. -DARRAN TAN/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedah secara rasminya menjulang trofi Liga Perdana selepas menang 5-1 ke atas DRB-Hicom pada aksi terakhir liga di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat.


Kejayaan itu turut menyaksikan skuad Helang Merah layak secara automatik beraksi dalam saingan Liga Super 2016, bersama-sama Pulau Pinang yang mencatat kemenangan ke atas UiTM FC di tempat lawan, untuk muncul naib juara.

Selaku juara, Kedah membawa pulang Piala Liga Perdana dan wang tunai berjumlah RM300,000 yang disampaikan oleh Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah yang merupakan Tunku Laksamana Kedah kepada ketua pasukan, Khairul Helmi Johari.

Isteri baginda, Toh Puan Sri Nora Abdullah turut berkenan berangkat menyaksikan perlawanan itu, bersama-sama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan isteri Datin Seri Norzieta Zakaria.

Pada aksi tersebut, pemain import dari Brazil, Sandro Da Silva menjaringkan hatrik pada minit ketiga, ke-31 dan ke-78, sementara dua lagi gol menerusi Chidi Edeh pada minit kesembilan dan ke-49.

Gol tunggal DRB Hicom FC adalah menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Ivan Babic pada minit ketujuh.

Sementara itu, di Stadium Hang Jebat, Melaka, pasukan Pulau Pinang mengalahkan UiTM FC 2-0 untuk memintas kedudukan T-Team di tangga kedua liga, sekali gus menyaksikan mereka muncul naib juara.

Dua gol skuad Harimau Kumbang dijaringkan oleh Mohd Azinee Taib seawal minit kelapan dan Hilton Mauro Moireira pada minit ke-80.

T-Team pula sekadar menduduki tangga ketiga selepas kalah mengejut 1-2 kepada pasukan bawahan liga, Kuantan FA di Stadium Darul Makmur.

Dua gol skuad 'The Seagulls' dijaringkan oleh Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-17 dan Milan Purovic, selang lima minit kemudian, sebelum T-Team merapatkan defisit jaringan hasil sentuhan penyudah Mohd Mazuki Yusof pada minit ke-54.

Turut mengutip tiga mata adalah pasukan PKNS FC yang mengalahkan SPA Putrajaya FC 3-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka hasil jaringan Nazrin Syamsul Baharin pada minit ke-11, selain dua gol daripada Gabriel Miguel Guerra pada minit ke-26 dan 75.

Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix musim ini dan Johor DarulTa'zim II (JDT II) pula mengesahkan slot ke perlawanan play-off Piala Malaysia 2015 selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing.

NS Matrix menang tipis 2-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi manakala JDT II mengalahkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Kekalahan Kuala Lumpur di Paroi menyaksikan pasukan itu dan SPA Putrajaya FCyang menghuni tangga tercorot liga, diturunkan untuk beraksi dalam Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada musim depan.

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan