Kelayakan Piala Asia 2019: Skuad Dollah Perlu Menang Baki Dua Perlawanan

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 11:10 PM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Skuad Harimau Malaya tidak mempunyai pilihan selain perlu menang pada baki dua perlawanan Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019, bagi mencerahkan peluang beraksi pada kejohanan berkenaan.


Skuad Harimau Malaya akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi pada 3 September, dan menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 Sept ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata rombakan atau pemilihan pemain kebangsaan bagi menghadapi kedua-dua perlawanan itu, akan ditentukan sendiri oleh ketua jurulatih, Dollah Salleh.

"Pasukan negara perlu menang, jika tidak habislah. Mengenai pengguguran beberapa pemain, saya tidak berhubung (berbincang) dengan Dollah mengenainya.

"Dulu (ya), saya pernah berkata demikian kepada beliau (Dollah) selepas Piala AFF Suzuki 2015, tetapi selepas itu saya tidak pernah berbincang soal itu (menggugurkan pemain)," katanya kepada pemberita di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) pada Khamis.

Malaysia kini menduduki tangga terakhir daripada empat pasukan dalam Kumpulan A, dengan satu mata menerusi satu keputusan seri dan satu kekalahan.

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah berkata FAM masih berbincang  dengan pengurusan pasukan Lions XII berhubung penyertaan kelab dari Singapura itu dalam saingan Liga Malaysia musim depan. 

Pasukan Lions XII sebelum ini, mempunyai perjanjian dengan FAM untuk beraksidalam Liga Malaysia selama empat tahun bermula 2011.

Sementara itu, Tengku Abdullah berkata setakat ini, beliau tidak menerima kenyataan rasmi daripada pasukan Brunei yang dikatakan berminat menyertai saingan Liga Malaysia 2016.

"FAM melihat pada merit sekiranya pasukan luar mahu menyertai liga kita, pasukan itu mesti kompetitif. Jika Brunei berminat menyertai Liga Malaysia, kita perlu mengkaji terlebih dahulu," katanya.

Terdahulu, Tengku Abdullah yang juga Canselor UniKL, menyempurnakan majlis pecah tanah stadium hoki UniKL yang diberi nama Stadium Hoki Tengku Abdullah dengan anggaran kos sebanyak RM7.5 juta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan