Pedro Jadi Rebutan Chelsea, Manchester United - Bola Sepak | mStar

Pedro Jadi Rebutan Chelsea, Manchester United

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 11:54 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA sedia membuat bidaan terakhir sebelum jendela perpindahan pemain ditutup untuk mendapat pemain tengah Barcelona, Pedro.

Perancangan The Blues itu dilihat bakal menggugat Manchester United yang terlebih dahulu mengintai Pedro.

Naib pengerusi kelab United, Ed Woodward terbang ke Barcelona pada Isnin untuk membincangkan lebih lanjut mengenai Pedro.

Woodward menaruh kepercayaan tinggi perbincangan itu bakal selesai sebaik sahaja nilai pembayaran dipersetujui.

Sementara itu pemilik kelab di Old Trafford, Roman Abramovich menaruh keyakinan tinggi pemain berusia 28 itu akan menjadi miliknya.

Sebelum ini pengendali kelab juara itu, Jose Mourinho pernah terlintas untuk mengikat pemain ini, namun tidak pasti, bagaimana pun Abramovich menegaskan mahu Pedro beraksi bersama Chelsea.

Lebih menarik, selain Chelsea dan Man United, jiran mereka Manchester City turut berminat untuk mendapatkan pemain antarabangsa Sepanyol ini tetapi hanya akan membuat bidaan jika percubaan untuk mendapatkan pemain tengah Wolfsburg, Kevin De Bruyne gagal dicapai.

Tags / Kata Kunci: Pedro , Chelsea , Man United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan