Harimau Kumbang Fokus Untuk Beraksi Dalam Liga Super

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 12:18 PM

Pemain Pulau Pinang Mohd Faiz Subri (kiri) dan pemain DRB HICOM Alyy Imran sama-sama mengejar bola dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Bandaraya, Selasa.-Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perlawanan terakhir skuad Harimau Kumbang musim ini menentang UiTM FC Jumaat ini menjadi faktor penentu kepada skuad berkenaan sama ada dapat beraksi dalam Liga Super musim depan atau sebaliknya. 

Ketua Jurulatih Pulau Pinang Jacksen F. Tiago berkata Pulau Pinang mempunyai peluang untuk beraksi dalam Liga Super musim depan jika semua pemain dapat mengekalkan momentum kemenangan dan berusaha dengan lebih baik. 

"Tugas saya sekarang ini membuat pemain lebih percaya diri dan rasa penat mahu pun sedih pada malam ini, kita harus hilangkan secepat mungkin kerana kita punya 'game' yang sangat penting pada Jumaat ini.

"Perlawanan terakhir ini kita masih punya nafas, masih punya peluang kitaakan usaha manfaatkan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan pasukan itu dengan DRB Hicom FC di Stadium Bandaraya di sini Selasa malam.

Pulau Pinang mengutip tiga mata menerusi kemenangan tipis 2-1 ke atas DRB Hicom FC.

Tiago berkata skuad Harimau Kumbang perlu memberi tumpuan dari segi kerjaberpasukan ketika beraksi di padang selain pemain harus lebih fokus dan tenang sepanjang perlawanan bagi memastikan peluang tidak disia-siakan begitu sahaja.

Mengambil contoh perlawanan ke atas DRB Hicom FC malam tadi, Tiago berkata Pulau Pinang mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol namun pemain tidak mampu memanfaatkannya.

Justeru itu, katanya, beliau akan menekankan aspek berkenaan dalam latihan yang berbaki dua hari untuk persiapan perlawanan Jumaat ini. 

Mengulas perlawanan menentang UiTM FC yang ditukar pada sebelah malam,beliau berkata: "Bukan pemain sahaja malah semua kalau main petang macam ada rasa khuatir. Kalau kita bermain pada sebelah malam mungkin lebih 'enjoy' lagi".

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Harimau Kumbang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan