Athletic Bilbao Benam Barcelona, Tamat Kemarau Trofi 31 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 8:36 AM

Pasukan Athletic Bilbao meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Barcelona pada aksi final Piala Super Sepanyol, awal pagi Selasa.

(Ubah saiz teks)

BARCELONA: Athletic Bilbao memenangi trofi pertama mereka dalam tempoh 31 tahun selepas menewaskan Barcelona dengan agregat kemenangan 5-1 pada aksi final Piala Super Sepanyol, awal pagi Selasa.

Terdahulu Bilbao menundukkan juara Eropah itu 4-0 pada aksi pusingan pertama di San Mames, Jumaat lalu.

Jurang gol yang besar itu memberikan tamparan hebat kepada Barcelona ketika aksi timbal balik di Nou Camp, awal pagi Selasa.

Penyerang sensasi Barca, Lionel Messi meletakkan kedudukan 1-0 selepas memanfaatkan hantaran Luis Suarez dari jarak dekat.

Namun, nasib tidak menyebelahi pasukan tuan rumah apabila pemain pertahanan Gerard Pique dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil.

Aritz Aduriz yang menjaringkan hatrik pada aksi pusingan pertama memusnahkan impian Barca apabila menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-74.

Bilbao turut beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Kike Sola diperintah keluar padang pada minit ke-86 selepas mengasari Javier Mascherano.

Bilbao memenangi trofi terakhir mereka pada 1984 selepas menewaskan Barcelona 1-0 pada aksi final Copa del Rey.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan