Real Madrid Beri De Gea £12 Juta Jika Kekal Di Man United

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 8:12 AM

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid khabarnya bersedia menghadiahkan sebanyak £12 juta kepada David De Gea jika pemain itu terus kekal di United untuk musim ini yang menjadi tahun terakhir dalam kontraknya.

Kelab gergasi Sepanyol itu pada mulanya ingin mendapatkan De Gea pada musim ini tetapi mengubah perancangan bagi menjimatkan bayaran pemindahan.

Manchester United sebelum ini meminta yuran perpindahan sebanyak £35 juta daripada Real untuk De Gea, namun kelab itu hanya sedia membayar £25 juta dengan alasan baki kontrak penjaga gol berkenaan dengan United hanya berbaki selama setahun sahaja lagi.

Jika itu berlaku, De Gea dilapor akan perlu menunggu sehingga akhir musim ini untuk meninggalkan Old Trafford secara percuma tetapi pada masa yang sama berhadapan dengan risiko akan 'dibekukan' daripada skuad utama selama semusim di atas keputusannya untuk 'bermain politik' dengan kelabnya itu.

Malah sekarang pun, dia sudah tidak diturunkan dalam dua perlawanan pembukaan musim kerana pengurus pasukan Louis van Gaal tidak yakin penumpuan De Gea berada bersama United ekoran dilema perpindahannya yang belum-belum selesai lagi.

Dalam usaha tawar-menawar daripada kedua-dua pasukan, United turut cuba mendapatkan pemain pertahanan Real iaitu Sergio Ramos yang menyatakan pendirian untuk meninggalkan kelab berkenaan.

Bagaimanapun, Real Madrid dengan pantas menawarkan kontrak baru kepada Ramos bagi memastikan pemain berkenaan tidak ke Manchester.


Tags / Kata Kunci: Manchester United , Real Madrid

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan