Man City Belasah Chelsea 3-0 - Bola Sepak | mStar

Man City Belasah Chelsea 3-0

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 7:54 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Sergio Aguero, Vincent Kompany dan Fernandinho masing-masing menjaringkan satu gol bagi membantu Manchester City membelasah juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea 3-0 pada Ahad.

Dalam perlawanan yang menyaksikan City turun sebagai tuan rumah itu, Aguero menghasilkan gol pertama peribadi pada musim ini pada minit ke-31 sebelum Kompany dan Fernandinho menambah aib Chelsea.

Dengan kemenangan itu juga, City berjaya mengekalkan dua kemenangan tanpa bolos selepas menewaskan West Bromwich Albion 3-0 pada minggu lalu.

Ia juga sekaligus memberi kemenangan pertama pengendali City, Manuel Pellegrini sejak Jose Mourinho mengambilalih Chelsea sejak 2013.

"Kami sering mendominasi Chelsea, tetapi tahun lalu kami kalah dan seri dalam satu perlawanan. Bagaimanapun hari ini kami menyelesaikan tugas dengan baik," kata pellegrini.

Dengan kemenangan itu, City kini mendahului liga, di depan Leicester dan Manchester United - ketiga-tiga pasukan berkongsi mata dengan perbezaan gol.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Manchester City
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan