"Anda Perlu Bermula Awal" - Bekas Pemain Jerman

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 12:15 PM

Lothar Matthaus

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah negara bola sepak perlu menumpukan perhatian kepada pembangunan pemain muda untuk memastikan kejayaan, kata bekas pemain antarabangsa Jerman, Lothar Matthaus.

Apabila ditanya apakah yang patut dilakukan oleh negara seperti Malaysia untuk sampai ke peringkat tertinggi bola sepak antarabangsa, pemenang Piala Dunia 1990 itu berkata bermula awal adalah kunci kepada kejayaan jangka panjang.

"Ia amat sukar kerana hanya ada 32 tempat di Piala Dunia. Anda perlu bekerja keras. Akademi adalah cara untuk maju. Latih pemain muda.

"Anda tidak boleh mengajar pemain berusia 20 tahun untuk menjadikan dia menjadi pemain yang lebih baik - ia sudah terlambat! Anda perlu bermula awal.

"Orang-orang Jerman telah melakukannya dengan baik dalam tempoh 20 tahun lepas. Kami telah layak ke separuh akhir Piala Dunia sebanyak empat kali dan tahun lalu kami memenangi gelaran itu selepas 24 tahun," kata Matthaus, 54, yang menyertai Bundesliga Legends Tour di Hotel Hilton pada Jumaat.

Bekas pemain Borussia Monchengladbach dan Bayern Munich ini berkata berkata kelab di Jerman mampu menghasilkan pemain berkualiti kerana mereka mempunyai guru, jurulatih dan padang terbaik yang membantu pemain meningkatkan teknik mereka.

Matthaus menambah, Jerman juga telah mendapat manfaat daripada jurulatih asing yang bekerja di negara itu.

"Kami bukan sahaja mengikuti gaya kami. Kami tidak boleh menyatakan bahawa kami adalah yang terbaik. Kami juga suka untuk belajar daripada negara-negara lain, "katanya.

Beliau berkata bahawa bekas bintang bola sepak Malaysia dan pengarah projek Pelan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan Lim Teong Kim telah membawa sebahagian daripada pengalaman beliau dari Jerman ke Malaysia.

"Lim bermain untuk Hertha Berlin pada tahun 1987 tetapi hanya untuk satu musim. Saya tidak tahu dia bermain dalam berapa banyak permainan.

"Dia pernah menjadi pembantu jurulatih untuk akademi Bayern Munich. Saya tidak berhubungan dengan beliau tetapi yang boleh saya katakan ialah beliau telah membawa sedikit-sebanyak pengalaman di sini, " kata Matthaus.

Selama ini Bundesliga telah memperlihatkan kecemerlangan banyak pemain luar termasuklah dari Asia seperti Mehdi Mahdavikia, Ali Karimi dan Ali Daei, legenda Korea Selatan Cha Bum-Kun dan pemain Jepun Shinji Ono.

Namun musim lepas terbukti menjadi saat yang paling penting untuk pemain Asia di Jerman.

"Kami mempunyai 12 pemain dari Jepun, tujuh dari Korea Selatan. Apabila anda melihat jumlah itu, jelas bahawa orang Asia membuatkan kehadiran mereka dirasai dalam bola sepak kami.

"Pertama, ia adalah baik untuk bola sepak Asia kerana pemainnya boleh belajar daripada kejohanan tersebut dan membawa balik pengalaman ke pasukan kebangsaan.

"Kita juga mendapat manfaat daripada mereka. Mereka mempunyai mentaliti Jerman. Mereka suka belajar, mereka suka berjuang dan mereka adalah pemain berpasukan, "kata Matthaus.


iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan