Dr Carneiro Dilarang Berada Di Kerusi Chelsea Ahad Ini - Mourinho

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 4:53 PM

Tindakan Dr Carneiro (kanan) memberikan rawatan kepada Hazard mendatangkan kemarahan Moruinho Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho bertegas bahawa doktor utama pasukan, Eva Carneiro tidak dibenarkan berada bersama di kerusi  Chelsea menjelang aksi liga bertemu Manchester City pada Ahad malam.

Mourinho jelas sekali berang dengan tindakan Carneiro dan ketua fisioterapi Jon Fearn yang memberi rawatan kepada Eden Hazard di padang ketika aksi seri 2-2 ke atas Swansea pada perlawanan pembukaan di Stamford Bridge Sabtu lalu.

"Jon Fearn dan Dr Caneiro tidak akan berada di kerusi pada Ahad ini - ini bukanlah bermakna mereka tidak akan bersama kami pada masa depan".

Jurulatih Portugis itu memberitahu kepada pihak media mereka (Dr Carneiro dan Fearn ) terlalu lurus malah tidak memahami drama perlawanan. 

Biarpun pelbagai kritikan dan pandangan mengenai tindakan tersebut, Mourinho tetap dengan keputusannya.

"Pertama sekali saya ingin memberitahu bahawa saya mempunyai pasukan perubatan yang menakjubkan diketuai Dr Paco Biosca, dan hubungan saya dengan mereka juga baik," jelas Mourinho.

"Mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak pernah menerima pujian seperti mana yang saya berikan dalam tempoh dua tahun sebelum ini.

"Mourinho juga memberitahu keputusan yang dibuat ini adalah daripada dirinya sendiri.

"Ia adalah keputusan saya, bukan daripada orang lain. Setiap minggu saya berdepan dengan keputusan melibatkan individu yang berada bersama di barisan utama.

"Saya mempunyai tujuh orang pembantu. Hanya empat orang yang boleh duduk di kerusi. Pasukan perubatan hanya dua orang daripada sedozen lebih.

"Kerusi tersebut sangat penting bagi seseorang. Bagi orang lain ia lebih kepada apa yang perlu dilakukan dan untuk kebaikan pasukan.

"Hubungan saya dengan setiap orang yang bekerja dengan saya dianggap sebagai hubungan terbuka.

"Bola sepak adalah bola sepak. Semua yang berlaku dalam perlawanan adalah berbeza," jelas Mourinho.

Bagaimana pun Mourinho enggan menjawab soalan mengenai kecederaan yang dialami Hazard ketika perlawanan tersebut.

"Jika kamu ingin bercakap berkenaan bola sepak, saya ada di sini. Dan jika kamu ingin bertanyakan perkara lain, saya tiada di sini.

"Jika seseorang merasakan percanggahan pengurus dengan pegawai perubatan ini boleh memberi kesan kepada pasukan, mereka tidak ada kaitan," tegas Mourinho. 

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Dr Carneiro , Chelsea

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan